BEN ASHAARI

Wednesday, July 14, 2010

DAGING GORENG DAUN SELASIH.

Daging Goreng Daun Selasih
Assalammualaikum, salam Rabu untuk semua, dah makan tengah hari ke u all. Ok hari ni kan mat nak share satu resipi senang dan sedap dan bess...Ala2 masakan Thai. Dulu2 mat pernah masak sekali. Resipi asal dari sorang teman blogger yang menetap di Ireland, tapi sayang sekarang blog dia dah tak aktif sekarang, rindu juga nak cuci mata dengan gambar2 menarik terutama kek lapis hasil tangan Jo. Apa2 pun terima kasih mat ucapkan pada Joeaye, tak de blog pun tak pelah, kita jumpa di FB yea. Dengar cerita Jo sekarang aktif dalam bidang fotografi, waa ini macam kalo esok2 kalau mat ada DSLR boleh lah aku menuntut ilmu dengan dia....erkk, tersedak2 budak yang baru beli DSLR tu kang..Ok jom semak resipi senang sangat ni....

BAHAN-BAHANNAYA :-)
500 g daging batang pinang
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh garam
1/2 biji cpasicum, merah, potong kasar
1/2 biji capsicum kuning, potong kasar
1/2 biji capsicum hijau, potong kasar
5 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci belacan, larutkan dengan sedikit air
2 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos ikan
1 cawan daun selasih (thai basil)
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci, toskan dan gaul dengan garam dan serbuk lada hitam, kemudian goreng hingga masak, tapi jangan terlalu garing, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang puti dan cili kisar hingga garing, masukkn belacan dan sos ikan, kacau rata. Masukkan daging dan capsicum, gaul rata dan biar masak sekejap.
  3. Tambah sedikit gula dan masukkan daun selasih tadi, gaul rata dan masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur sedikit daun selasih segar dan belahan limau kasturi.

7 comments:

eliyaezlinalias said...

cikmat ni mmg xkeing idea memasak kn?

hana said...

haah la kan mat! aku pong rindu sama k.jo! huhuhuuu... bak daging sejemput!

RosidahKamin (Shidachu) said...

Salam CMG, Dah terang lagi bersuluh, airtangan mat nih memang tiada tandingannya, masakan CMG membuat saya jadi terliur...sib baik tak ngidam....

Chempaqa said...

salam cik mat
bak sepinggan daging tuh.nak buke pose..hhiihhiihhi

RainbowPixie said...

Hello Cik Mat!

I follow your blog tapi tak pernah comment. I love your recipes and pictures! Macam nak nangis tengok, kempunan haha

All your chinas are beautiful as well..Nak beli dekat Melbourne ni ada expensive sikit, maybe balik Malaysia.

Thanks for all the recipes!

ct_nurmarlissaa said...

ermmm.kat umah aderr dagingg..bleh tryy niee..moga cik Mood tak lari....huhuuhuhu

ain (sweet thots) said...

cik mat,
saya dh cuba kek marble trio yg popular tu. mmg best! tq ye share resepi.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.