BEN ASHAARI

Tuesday, June 8, 2010

POPIAH MEE MAGGI

Popiah Mee Maggi
Assalammualaikum semua..Hari ni terasa macam sibuk pulak, walaupun tak delah sesibuk mana, Mat nak share satu resipi mudah sangat, tapi bagi yang bukan penggemar mee segera/mee maggi tu, minta maaf yeaa. Sebenarnya tak terniat nak buat ni, tapi masa kemas2 pantry, ternampak lah sebungkus mee maggi perisa kari, bila tengok2, tarikh luput dalam masa terdekat. Hmmm, belek juga, takkan nak buat murtabak..alaa boring kan, sekali mat teringat dulu masa umur ku dalam belasan tahun, pernah buat satu resipi dari"Jaafar Onn"...Popiah Mee Maggi, memandangkan semua bahan2 cukup, kita mulakan operasi. Style buat inti tu, ala2 maggi goreng tapi sedikit berbeza. Bila sebut2 pasal "Maggi" ni teringat blogger yang begitu sinonim dengan mee maggi--> Ben Ashaari ....betul tak "Ben", moga tabah menghadapi segala dugaan yeaa...

Popiah Mee Maggi
Resipi ni akan menghasilkan kurang lebih 10 biji popiah dengan 1 bungkus mee maggi tadi. Kira ok lah kan. Perihal sos tu pulak, kalau nak makan dengan apa2 sos pilihan pun boleh, cuma kali ni mat buat sos pedas, ada campur cili padi koo, siap lahh berasap lepas makan. Lupa nak kata, kalau nak letak daging ayam atau udang pun boleh, tak de masalah. Inti tu masak ikut style memasing pun tak pe, mat kat sini cuma bagi idea saja....tiada paksaan....Ok jom kita layannn resipi mudah ini....

~:Sos Cili Pedas:~

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket "Mee Maggi" perisa kari (atau apa2 perisa pilihan)
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang sosej ayam "Ayamas", didadu kecil
1/2 cawan mix vege (kacang pis, carrot dan jagung)
1/2 cawan hirisan kobis
1/4 cawan air
10 keping kulit popiah
1 telur dipukul sedikit

BAHAN-BAHAN SOS CILI PEDAS:-)
3 biji cili merah*
5 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/4 cawan air
3 camca besar cuka makan
1 ulas bawang putih, dihiris
4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Mee maggi dipatahkan dua, asingkan dari rempahnya, celur selama 2 minit dalam air mendidih. Toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sosej dan mix vege. Tuang air dan masukkan perisa kari (tersedia dalam paket mee maggi). Kacau rata dan bila hampir kering, masukkan mee maggi dan kobis tadi, gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan. Tak payah letak garam lagi, sebab perencah tu sendiri dah masin...
  2. UNTUK POPIAH MEE MAGGI :- Ambil sekeping kulit popiah, letak 1 camca besar inti mee maggi dan gulung seperti membuat popiah biasa, sapu hujung kulit popiah dengan telur tadi sebagai gam. Buat hingga siap. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili pedas..
  3. UNTUK SOS CILI PEDAS :- Bahan2 kisar halus tadi ditapis, dan tekan2 dengan sudu, buang hampas nya. Tuang dalam periuk, tambah air, masukkan gula dan hirisan bawang putih. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan cuka makan dan sedikit garam, terus memasak hingga sos pekat sambil dikacau selalu. Sejukkan dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan bersama popiah mee maggi tadi. Selamat mencuba...

8 comments:

Sidratul Muntaha said...

hmm..baru thu ade popia maggi nih..
harus kucuba nih.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abang mat

ada pantun nie...

sungguh rupawan popia yang lentuk diteko antikmu
tak terpikir dibenakku macamana masaknya
bab ben tu...maggie sinonim dengan dirinya dan dirimu
sure ben pujuk zla masak untuk santapan malam minggunya


apa lagi...lari............

Amri Bahruji matPuisi said...

aik.. tak penah tepikir pn popia mee maggie.. da la megi ni mat puisi plling suke.. hik2..
nak cube..! thanks.. ;)

My Life My Journey.. said...

mesti d cuba nih, tq Matt..

hana said...

huhuhuuu...sampai ati ko mat! megi aku tinggal pat bungkus jerk! pehni mana aku nak cilok?!! eeeee nyampas!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedap tu Cik Mat...mmg dah lama tak buat popia magee ni..pasni nk buat ikut resepi Cik Mat plak la... so yummy kelihatannya.

aibaks said...

mat..mat... memang idea mat kreatif.. sampai popia pun wat popia goreng mee maggi.. haha.. mesti sedap.. nanti aibaks cuba kat rumah!

Jeely jelly said...

wah ! wah ! senang2... nk try lah :)