BEN ASHAARI

Monday, June 14, 2010

MEE SOTO II

Mee Soto
Assalammualaikum semua, apa khabar. Dah makan tengah hari...Mat cuti masak hari ni cuma makan apa yang ada saja. Tapi kan hujan2 ni makan mee soto bess juga. Maka dengan itu, mat pun buat laa mee soto. Sebenarnya cara mat buat kuah soto tu senang saja. Tak ambik masa lama, cuma masa memasak tu perlu lama...dalam kuah tu kalau dapat guna rangka ayam dan kaki ayam, direnih 1 - 2 jam, sampai kuah jadi pekat. Rempah pulak, mat guna campuran rempah kurma dan rempah sup jenama ADABI, kalau nak giling sendiri pun ok tak de masalah. Kalau dibelah Johor ni ada juga jual rempah soto yang dibuat khas, tapi masa ni mat tak de stok jadi gunalah apa yang ada saja....

Mee Soto
Kalau betul2 soto, makan dengan nasi impit atau ketupat, tapi yang ni saja lah makan dengan mee kuning. Kalau mee hoon pun sedap. Begedel dengan soto memang tak boleh dipisahkan, wajib ada..Kalau dibelah2 Johor ni, mereka letak soo hoon goreng, kacang tanah dan sambal kicap, yang ni kalau takde, memang tak "kick" langsung....Mat share cara nak buat kuah soto tu saja yea....tapi guna my own style laahh, tak paksa sesiapa nak ikut 100%..cuma sebagai panduan...pstt..resipi ni pun rasa macam dah ulang tayang banyak kali, tapi kan resipi tak berapa nak sama sangat dengan yang dulu2...

BAHAN-BAHAN KUAH SOTO :-)
1 kg rangka ayam + kaki2 ayam (cuci bersih dan toskan)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 pokok daun sup, kerat
1 camca besar bawang goreng
2 biji bawang besar*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
4 biji buah keras*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah kurma (mat guna jenama "Adabi")
2 camca besar rempah sup (mat guna jenama "Adabi")
3 liter air
1 kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
5 kuntum bunga cengkih#
3 biji buah pelaga#(#rempah tumis)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mee kuning secukupnya, celur dan toskan
Begedel
Sambal kicap
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Tauhu, goreng dan hiris
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang disiat2 halus

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus, rempah kurma dan rempah sup, kacau rata dan tumis hingga masak, kalau perlu tambah sedikit air. Masukkan rangka ayam + kaki ayam tadi, gaul rata dan tuang air. Masukkan daun sup, bawang goreng, lengkuas titik dan serai. Tambah kuib pati ayam dan sedikit garam. Kacau rata dan masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, renih selama 1 - 2 jam. Tambah garam secukup rasa dan matikan api.
  2. UNTUK MEE SOTO :- Letak secukupnya mee kuning dalam mangkuk sesuai, Tuang kuah secukupnya. Hias dengan benda selebihnya dan hidangkan bersama sambal kicap...
CATATAN MET GEBU :- Rebus sekali bahagian ayam yang berdaging selama 25 minit dalam kuah soto, angkat, sejukkan dan carik2. Boleh ganti mee kuning dengan mee hoon atau nasi impit/ketupat. Kalau guna nasi impit, boleh diadakan soo hoon goreng (goreng soo hoon dalam minyak panas, tapi soo hoon JANGAN dicuci!!)

10 comments:

JaSSNaNi said...

salam CMG...
Sedapnye mee soto...
cantekkk set.. (sambil naik turun kening ni)
hehehehe

lemongrass said...

Sedapnya Cik Mat!!!!!!!!!
Hari tu dah teringin nak makan, tapi malas nak buat. Hah kan sekarang dah meleleh air liur tengok mee soto Cik Mat, padan muka I! hehehe

Chempaqa said...

salam cik mat]
ohhhhhhhh soto..kalu dapat ayam pencen..mesti lagi kick nie..besttttttttnya..bila la nak myoto nih...terliurlah plak..

~ Mummy Gee ~ said...

Aduh Che Mat, ngences Mummy dibuatnye. Mummy ni memang 'hantu' soto.... air liurku sudah meleleh2 ni... cepat Che mat hantarkan semangkuk ke sini...

azian said...

cik mat...
tiada kata2 yg dapat dilafazkan...
sbb airliur terkeluaq meleleh....
hahahahah

hana said...

salam encik!
saya mau order dua bungkus encik! sambal kasi lebey ar! itu yg bolat2 tuh pong mau lebey! tp duit tk mo lebey ar! boley kaa?? kekekeke

suarakalbu said...

Salam Che Mat,

Tapau soto sekali dengan set pinggan mangkuknya untuk saya yer.

ain said...

salam mat..semlm pun akak buat soto gak. tp soto nasi lah. buat begedil gak tp termasin lah pulak. nasib anak2 kata sedap!!hihi

AKO @ retna said...

kempunan la ako nak makan soto ko nih.. huwaaaaaaa.....

umi said...

salam...sy dh cuba resepi ni..siap wat open house ari sbtu 2 hr lepas...mmg mabeles...mndpt pujian...tima kasih mat gebu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.