BEN ASHAARI

Monday, June 14, 2010

KEK AIS KRIM VANILLA.

Kek Ais Krim Vanilla
Mmmm..nyamannnyaa tekak bila kena kek ais kerim, dah lah tekak sakit macam tertelan kulit derian ni, tersangkut je dalam tekak. Tapi kan bila telan ais krim atau minum air ais...aduhhh, nyamannn bahhh....bila dah nyaman, terus menelan, last2 apa jawapannya...sendiri tanggung lah, sebab sendiri tak moo ingat...Excelikan, "kek ais krim vanilla" ni mat buat masa menyambut tetamu blogger Sabtu lepas. Mat memang ada simpan sedikit untuk N3 blog. Yang untuk tetamu tu tak berhias pun, cuma kek ais krim togel saja, macam mana leer nak berhias bagai, depa mai awal dari waktu yang ditetapkan. Yang tinggal seketui ni sebelum masuk blog, baik lah mat bagi lawa sikit...kalau tak lawa, tak de sapa nak tergoda....

BAHAN KEK SPONGE :-)
5 biji telur ayam gred "A"
100 g gula pasir
3 camca besar mentega, dicairkan
100 g tepung gandum*
Secubit baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh serbuk vanilin*(*gaul rata dan ayak)
Ais krim kegemaran secukupnya (mat guna perisa vanilla-raspberry)
Strawberry untuk hiasan
Sedikit puri strawberry untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK SPONGE :- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser loyang kek bersaiz 14 inci x 14 inci x 1 inci dan alas dengan kertas minyak. Lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan
  2. Putar telur dengan gula pasir hingga kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan mentega cair dan gaul rata menggunakan spatula, gunakan kaedah kaup balik, hingga rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan.
  4. Sediakan tin kek berukuran 5 inci x 8 inci x 3 inci. Potong kek yang telah sejuk tadi pada kepada 3 bahagian yang sama saiz dengan tin kek (seperti dalam gambar). Alas tin tadi dengan plastik cling, biar lebih sedikit.
  5. Masukkan 1 keping kek dalam tin yang beralas tadi, kemaskan dan lapis dengan ais krim (kurang lebih 4 seduk nasi), ratakan dan lapis dengan sekeping kek, tekan sedikit supaya ais krim rata dan padat. Buat kaedah yang sama untuk lapisan satu lagi. Lapis dengan kek terakhir, tekan2 biar padat.
  6. Balut kek tadi dengan lebihan plastik cling, kemaskan dan simpan dalam freezer sekurang2nya 5 jam. Keluarkan kek, hias ikut kreativi masing sejurus sebelum dihidangkan segera. Simpan baki kek dalam freezer.

18 comments:

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..bestnya dapat makan kek aiskrim masa g umah Cik Mat hujung bulan Mei lepas..teringin nak cuba buat kek aiskrim yg sedap ni..

ain said...

Masyaallah mattttt!!! cantik sungguh kek aiskrim mat tu!! geram..geramm!!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam CMG

eik...ct pun ada....

tang aiskrim tu...mmg tergoda....nanti kita buat sama2 yer ct...

alinac lover said...

tudia...esk ceq nk buat jgk la

Yana said...

Salam Cik Mat,sampai nak meleleh air liur bila tgk kek yg mat buat nie...sebelum tu nak tanya..sket..serbuk vanilin tu mcmmana ker rupanya? Nnti nak try buat xtau lak apa bendanyer tu...hehehe....anak2 mesti suke nie..kalau jadik..mintak ijin nak C & P resepi yer mat...

suarakalbu said...

Memalam cenggini nampak kek + aiskrim datang siap pakej dengan stobery meleleh-leleh ..bleh pingsan i dibuatnya.

ima said...

wow...sedapnya nampak kek aiskrim tu...

cikgu isza said...

nak cuba buatlah.. tengah gila buat kek.. mesti anak2 suka..

pearl apple said...

sedapnya..nak jugak..

hana said...

alamakkk! pingsan jap!!!

JaSSNaNi said...

uikkssssss... sedappp tul kek eskrem ni... wahhhhhhh kalah hotell..
Teror tul CMG ni..
(sambil mata bolat2 pandang kek CMG tu)

Ummi said...

Maaaaatttt...ada lg tak kek eskrem ni..ko nnt buatkan tuk akak eh..nak serbu gak laa...aiihh, jeles je akak tgk stoberi meleleh tu..huhuuuu

leeyana-mamadaniel said...

slm CMG....

yuhuuuu tergoda melihat kek eskrem tu....nk wat gak....huhuhu....

ummu_hanis said...

ahaksss...
kecur air liur saya...

JaJa'Z said...

tak menahan betul tgk kek ni..aduh la...

plankton said...

wa~~bes nye!!

*47!k@# said...

wowww!!sseeedddaaapppnnyyyeee~nyum3..

azrul dan umy said...

nak tanya,, klau kite letak toping coklat gune coklat cair cam kite buat moist kek, boleh, x?? agak2 ade effect x kat ais krim???