Lagi satu kan, puff ni boleh juga dimakan bersama sos pilihan, nak makan macam tu saja pun tak de masalah. Berbalik pasal inti tu, kalau nak guna ikan sardine pun ok boleh saja... Pada mat lah, pastry macam ni harus kita ada di rumah, bukan apa penyediannya cepat, bayangkan kalau hari raya, ada lebihan rendang atau serunding daging pun kita boleh guna sebagai bahan isian...Hmm ok lah sejak bila lah mat gebu pandai membebel kannn....jom lah kita tengok resipi senang dan ringkas ini...
BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula
BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
- UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...



13 comments:
Salaam Mat...
Puff pastry dengan roti canai segera Kawan tu lain eh? Ala, malasnya nak keluar ke kedai. Apa kata, mama guna je puff pharata tu, dengan tuna cili... tengok aa, kejap lagi, kalau rajin, ma buat ler. Kalau tak, ko jangan ler tanya plak ye... ahahahahhahaa... macam ler tak biasa dengan mama ko ni haaa......
aku dah bgn tdo kali kedua... ke sini jugak aku perginyer! biler nampak puff rasa macam nak tdo smula sbb aku xde pastryyyy.. huwaaaaa malasnyer nak kuor g kedai! tp perot lapoo.. huH!
pastry ada lagi 5 keping dalm esbox, tapi malaslah plak nak kuarkannya... layan gmbr cik mat jelah yer
wah.. gebuu..
lambat lagi boleh buat, tadak pastry..
Mat, waaah main kelopak2 pulak eh..cantiiikkk...meh la tukar dgn stoberi ciskek akak ni eh..ada la sikit lg tuk ko..ko xleh mkan byk2 cis kan..nnt kalau jatuh sungai ikan2 semua xnak bertelor sebab sonok sgt dpt lemak mahal kat badan ko..depa asyik maaaaakaaannn jek..hehe
(*pssttt...jahat nya molot akak kata ko jatuh sungai eh..nasib x jatuh telaga kontang..hahahaa)
perghhhh gila rajin ko buat kulit puff mcm tu corak2 hhehee... cantek :p
ABANG MAT
balik dari niaga...en zalie dah layan blog abang mat dulu..ayu dah lambat lah leh jengah kat sini....
sedap tau puff ari tu...memang rajin cik mat..siapalah bertuah jadi isteri cik mat nie...
(nak ayu kenalkan ker?..)
salam cik mat... selamat pagi isnin... hmmm sedap nampak puff tuna cik mat ni.. nak try wat gak ler... skrg ni senang nak cari kulit pastry ni kan.. dah siap pack.. beli and wat inti je.. ahakkss... ringan keje kat dapur.. kan kan...
Grrrr.... lapar-lapar... CMG, saya malas la nak buat benda-benda ni semua... Miahahhaha...
CMG pos boleh..Ahaks..Gurau jer
cantik sangat kelopak pastri tu! rasa rasa nak buat jugak la. terima kasih yee.
cantiknya set 2...puff pun cantik...hehehe
as salam cik mat..
nak bertanya ni..saya dh beberapa kali cuba buat puff ni..walaubagaimana pun puff saya rangup di luar tp dlm mentah..kdg2 sampai hangus tapak die..kalau wat puff kelopak plak..inti die naik hangus tp puff die cam x masak je..camne nak wat ek..saya bakar puff tu gune microwave..mmg x bley bakar puff gune mikrowave ek..ke salah seting ni...terliur tgk puff cik mat tp wat sendiri..kucing saya pun x lalu nak cium puff tu...mohon tunjuk ajar ye...terima kasih..
salam kenal...hr tu dh try buat..tp x jd kembang...hehehe
Post a Comment