BEN ASHAARI

Monday, May 24, 2010

LAXSAMANA MENGAMUK

Laxsamana Mengamuk
Assalammualaikum semua, salam Isnin....Panasnya cuaca, kalau keluar kejap je dahh berpeluh, kat kampung cuaca pun dah hangat, apa lagi di bandar2..betul tak?...Ok hari ni mat nak share satu jenis minuman yang direka cipta oleh orang2 di negeri Johor. Nama saja cukup gerun kan, "Laxsamana Mengamuk"..tuu dia, macam nak makan darah jee...tapi hakikatnyya ia berasal dari satu sejarah yang berlaku zaman dulu2 kepulauan Riau, seperti sedia maklum Riau adalah jajahan Johor pada zaman dahulu. Menurut "Kak Zura" yang resipi ni mat ambik dari blognya...Kesah berlaku di Riau, seorang laxsamana ni mengamuk di kebun buah kuini, beliau menebas2 pokok kuini dan menebangnya, maka bergelimpangan buah tu merata2. Seorang ibu dikampung tersebut telah mengutip dan dan mengupas buah tadi, diraciknya kasar2, dicampur santan pekat dan gula..maka jadi lah sejenis minuman. Mengenangkan peristiwa itu maka minum tadi digelar "Laxsamana Mengamuk"..begitulah kesah sejarahnyaaa....sekian sejarah hari ni yeaa anak2 semuaa. Terima kasih mat pada kak zura dari blog "Warisan Iskandar Puteri" kerana berkongsi resipi warisan ini. Untuk melihat dan mempelajari sejarah dan masakan orang2 Johor, boleh singgah di blog beliau di sini......

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji buah kuini masak ranum
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
Secubit garam
Gula seculup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Air batu kiun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah kuini, dicuci bersih, kemudian kupas dan racik isinya kasar. Buat hingga siap dan masukkan dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Santan dijerang bersama secubit garam, daun pandan dan gula pasir secukupnya (yang ni agak2 lah yea, tapi tak payah manis sangat, sebab buah tu sendiri dah manis). Kacau rata hingga gula larut, tak payah sampai mendidih. Sejukkan.
  3. Masukkan air batu secukupnya dalam jug, diikuti dengan hirisan buah kuini dan santan tadi, kacau rata dan biar sekejap hingga sejuk. Boleh hidangkan, baunya cukup harum dan menyegarkan....

15 comments:

rafidah said...

Salam mat..

sedapnya nampak air ni..tapi kuinin tatau mana nak carik..satgi kalau akk tingin sgt, akk plak yg mengamuk tak dpt rasa air nih..hehehe...

azian said...

salam cik mat...
baru tau pasal air ni...thanks for sharing...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

CMG
KUINI MMG sdg mengamuk skrg nie
sana sini buah dok melayut2..kedai pun jual murah....rm 3 sekilo...harum baunya

tq sbb cari info ttg negeri johor

akn ayu terjah blog kak zura

Datin El said...

salam che' mat

mmg sedap klu dapat minum ni dikala cuaca panas skg ..perut kita kuat meragam jgn lepas minum dia pulak mengamuk ..berulang ke 'bank' le jawapnye..tq kongsi resepi..

dayang_jack said...

sedap tu campur buah kuini...hope hjg minggu ni FIL dtg KL bwk kuini...x sabar nk mengamuk...hehe

hana said...

sejarah noted!! kekekekee..... kelmarin aku tgk kat tv jepon ader gak diorg wat dessert gini gune santan! tp diorg buh buah apa ntah! kaler itam2! ghupernya kat mesia ader jugak air yg cenggitu! tp aku tak pasti sejarah depa kenapa! maybe samurai mengamuk! hihihihi....

jalilah_jy said...

salam cmg..lama akak tak komen..tapi hari2 jenggah kat dapo mat..peminat setia
ni nak kabau ni... arwah mak mentua akak suruh makan tapai pulut macam ni lah caranya... fuhhh sodappp...akak pula peeerak tak pernah jumpa masa baru kawen dulu.. melantak sakan laa tapai tu..hehe..

fazilzura said...

salam cik mat ,

fulaweiii menarik nye menu , even x penah makan buah tu ..

~ Mummy Gee ~ said...

cik mat, hantar bangi segelas plssssssssssss

"MULAN" said...

kuini...?? eiikk mana nak cari ni.. nak balik kampung, dah jadi hutan rimbun.. tapi pokok kuini banyak sungguh..

ain said...

sabtu lps pi psr tani ada gak beli kuini.tp semlm mak dtg, kasi semua buah kuini kat mak. tak simpan sebiji dua utk diri sendiri.kalau takkkk, puas akak minum laxsamana mengamuk ni.hihi

aibaks said...

pergh... desert! mantap la mat! nti leh aibaks try kat umah.

Mat Gebu said...

salam rafidah...
Saya pun sebab bonda pi rembat buah kuini..tu yg gatai2 terai laxsamana mengamuk..

salam azian...
Thanks to kak zura too. sebab dia pun baru mat tau nama ganas air tu..

salam puan siti...
Betul tu, 3 kg rm 10 kan, mula2 ari tu 1 kg = rm 4...adalah 4 biji, kira 1 biji singgit koo...

salam datin el...
Insya allah tak meragam..kalau meragam pun ok, dia cuci perut, jgn sampai tidur kat toilet sudah lahh..

salam DJ...
Erkk, kalau DJ mengamuk lagi macam2 resipi keluar..

salam hana...
hahaha, kat Jepun pun ada ek...waaaa, ini kena siasat nihh sejarah dia..Hana, cuba koo ajak detektif conan siasat kan utk aku..

salam jalilah...
Kalau saya kan kak, buat macam ni tapi guna tapai ubi, kalau tapai pulut tak pernah try lagi...nak try nanti..

salam fazilzura...
Ha, tak pernah makan, aiseyy menn, sedap leer, kalau buat sambal belacan kann, lagi meletopss..

salam mummy gee...
Wokeyy..tunggu kat simpang 3 yeaa...

salam Mulan...
Kak, kat sana tak musim lagi ke?..kalau belah johor ni mcm dah musim...

salam ain...
Hahaha, kak ain kalau mengamuk ngeri koo, sure mamat yg call memalan tu kecut segalanyaa. Cuba akak try nanti..

salam aibaks....
Tu lah kan, bukan main nampak "jantan" lagi, laxsamana mengamuk..

rimbun said...

alamak.. baru last week member bg kuini.. dah abih licin dbuat sambal jer.... tpkan... bila memikir minum santan tuh fuhhhhh.. beriban kalori kanggg

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.