BEN ASHAARI

Wednesday, May 19, 2010

KERABU BUAH KUINI

Kerabu Buah Kuini
Assalammualaikum semua, dari awal pagi dah hujan kat kampung mat ni..tempat anda macam mana pulak?....Langit pun mendung je, hmmm, tak boleh nak buat apa2 kerja kat luar. Hari ni tiba2 teragak nak makan kerabu buah kuini, rasanya dah banyak kali mat buat dah letak diblog, harap anda2 semua tak jemu lah yea, resipi tu biasa2 je...pandek kata semua orang boleh buat cuma tak boleh nak jamin lah kena pada selera masing2 ke tidak, tapi kalau orang2 tua, insya allah depa suka, ni kira resipi orang zaman dulu kala..yelah masa tu resipi agak ringkas dan diperbuat dari bahan2 yang mudah didapati sekitar rumah. Ok kalau dah bersedia mari kita semak2 resipi yang senang, mudah dan sedappp....beranginn jeee lepas makan kerabu nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kuini yang masak ranum
1 biji bawang besar hiris halus2
1 1/3 cawan santan
3/4 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah kuini dicuci bersih, kupas dan hiris halus isinya, letak dalam mangkuk, masukkan sekali bawang hiris dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Lada hitam ditumbuk halus, masukkan ke dalam santan tadi dan masukkan juga belacan hancur kan belacan tadi sehingga larut, tambah sedikit garam dan gula, kacau rata.
  3. Tuang dalam hirisan buah kuini + bawang hiris tadi, gaul rata dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum dihidangkan......

9 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

waalaikumusalam..

memang ujan dah 2 pagi abang mat....tapi kan..hari nie sampai ke tengahari...redup jer..nampak gayanya baju-baju tak keringlah....alahai


abang mat....ayu ada stok mangga...kuini mmg lum cuba lagi....thanks for sharing

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat...aduh sedapnya kerabu kuini tp kat rumah ada sebiji je buah mangga..akan ku buat untuk diriku ngap sorang2..hehehhehe

ain said...

bestnya buah kuini. senin lps pi psr mlm jumpa buah kuini, tp mcm kecik sgt pulak.tak jd nak beli.bila tengok mat nyer kerabu ni, rasa nyesal pulak tak rembat sebiji dua.huhu

sayangsayangibu said...

sangat sodap kerabu kuini nih
dulu arwah uwan selalu buat

aibaks said...

kerabu buah ku-ini..haha..tak masam ka? buah kuini ni kan masam..

LiTtLe^m3 said...

susah la nak dapat kuini ni... untung mat dpt kat mana tu mat?

Daniera said...

sedapnyer...kecur liur tgk. mlgnyer kt sini tader kuinin. huhuhuhu..

Ummi said...

Mat, akak kan xpenah makan kerabu kuini..makan serawa kuini tu penah laa..makan dengan santan perah air masak gitu...best gak..tp mmg berangin la pastu..heheee

Bittersweetflavours said...

Klau d kg we all guna buah bachang masak ranum... n dipanggil 'lawa bachang' x tau le ngapa they all bagi nama tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.