BEN ASHAARI

Monday, May 17, 2010

AYAM "OH"

Ayam "Oh"
Salam untuk semua, selamat malam....hari ni terrlambat masukkan N3, sebenarnya lepas masak pagi tadi, mat pi lah melawat sedara-mara waris2 kami yang duduk menetap di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Mereka2 ni semua warga emas tapi alhamdulillah sihat dan masih bertenaga. Bercerita sedikit pasal kampung Lukut tu, ianya dibuka sekitar tahun 1810 (kurang lebih) oleh waris2 terdahulu sedara-mara mat, dan tanah di Lukut tu cuma boleh bertahan selama 100 tahun sahaja untuk bertanam padi, lepas 100 tahun, tanah dah tak subur. Di situ juga pernah dijadikan lokasi filem "Semerah Padi" lakonan allahyarham P.Ramlee....Eh, ni blog masak2 kan, pesal jadi blog sejarah pulak....Kalau MamaFami baca, sah2 dia kena ambik ubat darah tinggi on the spot, sebab dia mula pening dan nak pitam...hahahaha...

Ayam "Oh"
Ok..ok..berbalik pada resipi hari ni, ada ke yang terkejut bila tengok nama resipi "Ayam "Oh". Sebenarnya ini satu resipi yang begitu sinonim dengan kaum peranakan baba nyonya Melaka. Ia menggunakan ayam yang direnih bersama pes taucho, kicap, halia dan lada sulah. Kentang dicampur sebagai pelengkap...Luu masak malam, esok try makan...lagi sedapp. Makan dengan nasi atau bubur pun sedappp...kira banyak ngamm......kalau lepey masak, luu kasi satu pantun, lagii ngamm....

OH! MANA BULAN..OH! MANA BINTANG,
SEMBUNYI MALU DI BALIK AWAN,
AYAM "OH" MASAKNYA SENANG,
SEKALI LU MAKAN TERUS TERTAWAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong kepingan
2 biji kentang (saiz sederhana besar)
1 3/4 camca besar taucu
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
30 g halia, hiris nipis2
3/4 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair (atau secukupnya)
1 camca teh lada putih biji, tumbuk kasar (mat guna lada hitam)
1 1/2 liter air (atau secukupnya)
1/2 camca teh gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan halus cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah lapan setiap biji dan rendam. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia dan bawang putih tumbuk hingga wangi, masukkan taucu dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tambah air dan lada putih, kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih hingga kentang empuk.
  3. Tambah kicap pekat, gula dan kicap cair secukup rasa. Masak lagi sekejap, dan rasa, jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Hidangkan dengan menghias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.....kalau dibiar kan 4 - 5 jam, rasa masakan akan lagi sedap....

12 comments:

izahdaut said...

cik mat..pantun semppoi giless...sukeee cam ayam oh jugek..salin resepi jangan tak salin nih

Ummi said...

Ayam Oh Ayam...menjelma lah kau ke bandar Kuantan pulak...wpun aku melukut di tepi gantang..hanya lalu nk tumpang makan...hehe
(**bkn MamaFaMi je yg akan pening naik darah..silap2 akak pun...ko suka masukkan cerita 4 dlm 1...fenin akak)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam malam isnin cik mat

bercerita ttg kampung lukut tu kan cik mat..ayu mmg selalu masuk ke kampung tu...maklumlah laluan balik kampung...risau gak bila time ujan...banjir....kena redha dengan bot...kikikiki, bestnya ada keluarga kat sana....

tentang ayam oh tu...........first time ayu tahu...leh masak kat kedai nie..

tq for sharing..tak tahan tgk teko janda tu dok tercenguk kat ayam oh tu............rasa nak rembat.............satu jer.

tOm said...

jalan-jalan ke blog cik mat,
singgah sebentar di stesyen minyak,
sy dtg dgn 1 hajat,
ingin melantak ayam oh banyak2!

boley? blasah aje.. wakakka...

ain said...

tengok org pantun, mcm nak pantun gak, tapi tak tau nak susun ayat. yg pasti, teruja dengar nama ayam tu 'ayam oh'!!!

Ibu Mifzal Arsyad said...

huhu..rs lapa la plak tetengah malam ni..

hana said...

eh! ko kan cikgu sejarah aku! teruskan ajer menulis sejarah.. mama ngan k.ummi fenin ko kasi je panadol! nanti diorang elok la tuH! kikiki...

PAKCIK SENTOT BERLUMBA2 BAWAK KERETA,
BILA DITEGUR WAT MUKA SELAMBA,
OH JIKA BENAR APA DIKATA,
ESOK JUGA AKU NAK CUBA!!

Sari Yusa Ibrahim said...

oh.. ayam... menarik ni..

qasehadam @ nurul said...

tu dia mai dah speking baba dia..huhu pe pon masakan nyonya memang beh tak caya try la rasa..tul tak cik mat

aibaks said...

ayam...oh..ayam... cam upin ipin plak.. haha!!

Kniedaz said...

tak pernah dgr atau rasa ayam oh...

Mat Gebu said...

salam izahdaut...
Salin jgn tak salin, resipi senang je ni sempoi..

salam kak ummi...
hahaha, kesiannya bunyi, macam kena tinggal dengan laki jee kak....biasa lah mat gebu kan jenis all in one..

salam puan...
betul tu, saya pun jarang ke sana, tapi waris2 kami dari Labu kalau turun ke Johor mereka mesti pi sana..hm teko yg mana tu, kalau mangkuk bertutup yu kami panggail "kam cheng"..

salam tom...

SUNGAI SARAWAK BANYAK BUAYA,
LALU-LALANG TAPI TAK PRASAN,
OOO NAK MELANTAK BANYAK2 YA,
BOLEH SAJA ASAL TAK PINGSAN.

salam ain...
Alaa kak, saya pun main belasah jee, asal ada bunyi macam ngam..sudah..hehe, rosak bahasa kan.

salam ibu...
Sabar2 esok boleh try buat yeaaa..

salam hana...
Hahaha, ada tu sampai tobat nasuha, serik tak mo chat dgn aku...

MANDI KOLAM PAKAI BOYA
NAIK KECUT LEBAM KUKU
AYAM OH SEDAP RASANYA
BILA MAKAN TU INGAT2KAN AKU

salam sariyusa..
Senang, rasa dia kan ala ayam masak halia dan juga asam masak kicap.

salam qasehadam...
yeaa betul sebab dia ni kan combination antara melayu + cina + dan yg lain2...fusion mcm tu..

salam aibaks...
hahahaha, upin dan ipin pulakk dahhh...hahaha

salam kniedaz...
Ohh ini typical peranakan food kira antara makanan seharian..