BEN ASHAARI

Saturday, April 10, 2010

PALMIERS

Palmiers
Salam Sabtu semua..apa khabar, berjumpa kembali kita hari ni...Nak ikut kan hari ni mat cuti memasak, tapi kan sebab bila dah petang je, mulalah kepala otak aku jadi mcm ting tong, dok belek semua benda2 yang boleh dimodifey menjadi bahan kudapan. Ingat tak dalam N3 lepas mat ada buat PP (puff pastry)...sebenarnya kan PP tu banyak kegunaannya dan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti kita. Lagi satu nak cerita, PP tu pada mat perlu ada dalam simpanan terutama bila bulan puasa...Sebab ianya mudah dan cepat di transform kan kepada benda2 makan yang sedap dan mengiurkan, jimat masa pun yeaa...

Palmiers
Ok..Hari ni nak share satu resipi mudah yang gunakan PP, yang diberi nama "Palmiers" atau "Pastri Palma"...Tapi kan sebelum tu nak minta maaf, sebab yang mat buat tu kan haramm tak rupa pastri palma kooo, rupa dah macam number 6 dan ada tu ala2 dedaun...Excelikan masa buat ni tadi, ada hal yang begitu membuat "mood" down..terus mat jadi lain macam dan...dan...dan....arghh malas nak sambung....terus je aku gulung2 kan PP tu, kerat2 dan bakar...hmmm jadi lawaa lah juga...Kalau nak cuba, boleh guna PP sedia gunapakai yang ada jual di pasaraya (Tesco)....Kalau yang mana rajin tu nak cuba buat PP sendiri pun boleh...percaya lah sekali anda buat danmenjadi...hmmm mesti gian nak buat lagi......boleh lihat sini untuk teknik membuat PP.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Puff Pastry seckupnya
Gula halus secukupnya
Sedikit tepung untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Canai PP sehingga mendapat ukuran 14 inci x 6 inci. Tabur sedikit tepung semasa mencanai untuk mengelakkannya lekat. Canai perlahan2 jangan brutal yeaa...
  2. Kemudian bahagi 2 macam dalam gambar. Ambil 1 bahagian, taburkan gula halus rata2. Tekan2 sikit supaya gula tu lekat di pastry. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Kerat 2 seperti dalam gambar. Ambil 1 bahagian yang bergula tadi dan gulung seperti swissroll. ketatkan gulungan. Yang satu lagi tadi pun buat seperti ini. Kemudian potong 1/2 inci seperti dalam gambar. Buat hingga semua siap.
  4. Susun dalam loyang pembakar, jarak2 kan sikit. Tabur gula halus pada setiap potongan tadi dab bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan dan boleh dihidangkan......
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat bentuk yang betul2, gulung kiri dan kanan doh sehingga bertemu. Ketatkan dan potong 1/2 inci, susun dalam loyang, tabur gula dan bakar hingga masak. Simpa "Palmiers" yang telah sejuk dalam bekas kedap udara...

11 comments:

shaiful said...

Che Mat, klu jenis ni i memang x berani nak comment sbb seumur hidup x pernah buat, nak menyebutnya pun tergeliat lidah, rupa mcm udang yee mat. lepas mkn mesti boleh ckp loondon.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat...

okeylah tu rupa nombor 6, Cik Mat amek dua, satu tu terbalikkan.. dapat no 69, cantikkkkkkkk!

Datin El said...

che'Mat tak kesahlah no 6 ke 7 ke yang penting tetap menarik kalau che'Mat gebu yang buat..kan..kan..i like..

Mat Gebu said...

salam shaiful...
Tapi kan buat dia senang gila...mcm memain jeee...

salam sari yusa...
hahaha tu lah, kalau yg real nya palmiers kan, ropa dia lawa dan hansemm u..yg ni kira ok-ok jee..

salam datin el...
Allahh, datin, exceli kan orang lain buat lagi lawaaaa...saya ni kalau mood down, habis laaa jadi tak lawau dahhh projek2 saya...

Muna said...

Kalau cheq mood down, cheq gulung seropa torpedo... sapa mai dekat cheq tembak!
Tapi lagi berkesan kalau puff pastry tu ala-ala bantat kematu gitu... sakit kalau terkena sasaran!

Judith said...

Hhhmmm.. so yummiii.. judith suka sekali Puff macam ini Mat.. untuk teman minum Coffee. terimakasih resepnya.. boleh nyontek ya ;) ..

fitty's pinky rose cottage said...

salam CMG.. wahhh.. biscuit kegemaran saya ni.. sometimes saya tabur kan skit cinnamon in between atau sirakan PP ni dgn gula.. kasi dia lagi kilat2.. :D

Mat Gebu said...

salam MLMJ...
Tu jenis set trio, cuma ada piring + cawan + piring kuih...comey kan..

salam Muna...
Hahahaha....gulung seropa torpedo!..hahaha, ayoo ganas hang ni muna...

salam Judith...
Betul sekali, enak sebagai kudapan sambil minum2 kopi atau tea..

salam kak fitty...
Terima kasih kak fitty, sudi singgah n komen..lain kali saya tabur cinnamon powder sikit bagi harum..ooo, sira gula yeaa...bess nih, ok nanti saya try....

BEN ASHAARI said...

Mat Gebu...mtk bantuan sebarkan jelajah blog IBU>>
http://www.benashaari.com/2010/04/segmen-baru-jelajah-blog-ibu.html

Mat Gebu said...

salam Ben..
Wokeyy tak de masalahh....waaa..ibu2 ni mesti suka masak2 ek..bagus2...hahaha

kella said...

gemar betul melihat hiasan pinggan kuih2, pinggang mangkuk mat gebu!
resepi pon mantep!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.