BEN ASHAARI

Tuesday, March 30, 2010

TERUNG SOS HOISIN & SOTONG SWEET SOUR.

Terung Sos Hoisin
Assalammualaikum semua, salam sejahtera... Masakan paling senang dan simple adalah yang sedap..betul tak?...Macam hari ni kan, masakan semuanya paling senang dan mudah, tak banyak karenah dan guna kan bahan2 mentah yang sedia ada di dalam simpanan saja. Yang 1st ni mat masak terung dengan sos hoisin, kurang lebih macam terung masak taucu tapi tak guna taucu..senang dan sedap. Tapi yang tak makan terung tu minta maaf lah yeaa...pasti yang ini bukan selera anda (nak tukar sayur lain pun ok kot, apa kata guna petola..tak pun timun ke...hmm sedap juga tuu!)....

Sotong Sweet Sour
Dan seterusnya sotong sweet sour..yang ni lagi bess, aku guna ready made nya rempah untuk sweet sour...alaa tu lah yang keluaran "Maggi" tu... Sesuai ni untuk ibu2 yang bekerja, yang nak masak cepat bagi suami dan anak2 makan. Tapi sotong tu kena lah ready awal2 sikit kalau nak cepat masak. Dan kalau ikutkan, depa guna ikan, tapi ini hak kita untuk mengubahsuai resipi, jadi gunakan lah sotong, kalau nak try guna ayam pun sedap agaknya. Hidangkan panas2 dengan nasi, mesti licinnnn...yang mana alergi (macam tuan punya blog ini...) koo makan sikit sudah lahh, kang bergaru2 bagai..dah susah...cakap dulang paku serpih...sambung sendiri yeaa lepas tu..hehehe... Jom semak resipi 2 masakan di atas tu...layannnnnn....

BAHAN UNTUK TERUNG SOS HOISIN :-)
2 biji terung biru, buang sedikit kulit, hiris serong dan rendam dalam air garam
1/2 cawan air
1 camca besar sos "hoisin"
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap cair
1 batang leek, kerat2 dan rendam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)
1 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan sos tiram, sos hoisin dan leek. Gaul rata dan tuang air. Biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan terung tadi (toskan dulu), kacau dan masukkan kicap cair dan cuka makan. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

BAHAN UNTUK SOTONG SWEET SOUR :-)
500 g sotong, cuci bersih dan potong (kalau sotong kecik, tak payah kerat)
1 biji bawang besar. dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
Sedikit garam jika perlu
1/2 camca besar sos tiram
1 paket rempah sweet sour jenama "Maggi"*
1/2 cawan air*(*dibancuh dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan masukkan sotong serta hirisan cili merah/hijau tadi. Tuang rempah sweet sour yang telah dibancuh tadi. Kacau rata.
  2. Masak 5 minit dan cedok keluar sotong tadi dan letak dalam bekas sesuai. Kuah yang tertinggal dalam kuali tadi dimasak dengan api perlahan hingga pekat dan kemudian curah atas sotong. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

6 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

abg mat,,,ayu suka terung sambal...kalau masak yg mcm abg mak masak tu pun okey gak..tq sharing u idea....

sotong tu pun ala2x membuatkan air liur nie ala2 menitis jer....sedap tu....

(ps: minta menu ayam masak `terutup` ya)

Cik Keju said...

aduhai cik mat.. sedapnyee..

Resepi Kasih Hidangan Sayang said...

Pendek kata apa yg ko masak semua sedap ek. hishhh buat org lapooo aje petang2 ni tau. Akak suka sgt mkn terung ...kalau dah kelesa sangat terung tuh kan akak makan mentah alat2 buat ulam tau.....

umi said...

Salam cik mat, nak tanya: apsal nak kena rendam terung tu dlm air garam ye? nak try nih..

Khairiah Jelani said...

Cik Mat..kamoo ini sangat kreatif di dapur. tabik betulll..

Azira said...

Mat, try goreng terung first dengan minyak sampai terung tu lembut. Then, set aside terung tu. Kemudian baru tumis bahan2 lain dan masukkan balik terung at the end. This is how most Chinese masak terung derang. Taste better instead of masukkan air cepat2 untuk lembutkan terung. Ini hanyalah suggestion berdasarkan pengalaman saya. Terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.