BEN ASHAARI

Monday, March 29, 2010

NASI BERIANI JUS OREN & ACAR NENAS..

Nasi Minyak Jus Oren
Assalammualaikum buat semua....apa khabar, maaf lah dah malam baru sempat masukkan N3, petang tadi hujan lebat..jadi keadaan macam kurang sesuai untuk tangkap gambar. Sebagai alternatif kenalah guna bahagian ruang makan rumah dan buka selagi ada lampu. Ok hari ni nak share Nasi Beriani Jus Oren, resipi dari "Hana" aweks jawa yang dok di Jepun....kannn Hana. Sebenarnya hajat hati nak buat benda lain, tapi kerana semalam tergatal pi rendam beras basmathi, lepas tu kensel pulak nak masak.. Tu yang guna beras semalam untuk masak nasi ni. Rasa dia sedap dan sedikit berbeza. Mat sama macam Hana, dok guna jus oren sunquick, tak denya nak perah2 limau...sebab tak de limau kat rumah...hehe...Pstt..cun kan set pinggan mangkuk bunga kangkung tu...nostalgia sungguh...i likeeee!!!...u don like keeee?....


Disamping nasi beriani tu, mat ada juga buat acar nenas resipi dari "Norzalina Nordin" dan satu lagi lauk daging yang tu tak payah lah letak dan resipi dia pun biasa2 jee... Sebenarnya apa jenis lauk berasas kan ayam atau daging boleh dimakan dengan nasi ni, tapi yang paling utama, acar atau rojak mentah yang paling perlu sebagai pemangkin rasa dan mengimbang rasa2 rempah pada nasi dan lauk2..betul tak?..Alaaa, mat tau, yang pakar2 memasak pun ada juga masuk sini, depa ni lagi lah expert dari mat.....segan nihhhh..terus macam nak cuti masak pulak..hehehe....

Nasi Beriani Jus Oren
Bila dan sampai waktu berbuka puasa, maka bonda mat pun santap..kami yang tak puasa ni pun ikut santap sama...saja memeriahkan majlis, excelikan ini mat masak untuk bonda berbuka tadi. Kalau rasa2 teragak nak mencuba kejap lagi boleh baca resipi2 dia. Yang nasi tu memang mat ikut resipi Hana, cuma lebihkan sikit dan acar tu pulak ikut keadaan semasa dan bahan2 yang ada...ok wonder pet semua, jom kita semak resipi.....

BAHAN NASI BERIANI JUS OREN :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
4 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah beriani + sedikit air, bancuh jadikan pes
1 1/2 camca besar bes oren sunquick
1 kiub ayam "Maggi"
1 ketul kecil gula batu
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 5 bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar (yang ni agak2 jee)
2 camca besar minyak sapi
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Gajus, kismis dan kacang pes, untuk hiasan

BAHAN ACAR NENAS :-)
1 biji nenas, kupas dan hiris kecil
150 ml cuka makan (mat guna cuka Jalen)
60 ml minyak masak
2 camca besar gula makan
5 biji cili merah (mat guna 3), belah 2 tak putus
4 biji cili hijau (mat guna 3), belah 2 tak putus
2 biji bawang besar, belah 8
10 biji bawang merah, belah 2
2 ulas bawang putih, belah 2
5 biji buah keras*
3 cm halia*
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
Sedikit belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ACAR NENAS :- Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga harum. Angkat, tos dan ketepikan. Panaskan semula minyak dan tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan gula pasir, garam secukup rasa dan cuka makan. Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Rasa dan jika ok matikan api. Dalam satu bekas, masukkan nenas hiris tadi, bawang2 yang telah ditoskan dan belahan cili merah/hijau. Tuang bahan yang dimasak tadi dan gaul rata. Biarkan ianya 3 jam sebelum dihidangkan. Mat simpan dalam peti sejuk sementara nasi masak...
  2. UNTUK NASI BERIANI JUS OREN :- Dalam kuali, cairkan minyak sapi, masukkan rempah tumis dan bawang besar dan tumis hingga harum. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah beriani tadi. Kacau rata. Masukkan beras dan goreng hingga rata dengan rempah. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Masukkan air, susu cair, kiub ayam dan daun pandan. Kacau rata dan tambah garam seckup rasa, masukkan juga gula batu. Masak seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, gajus, kismis, dan kacang pis. Buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning (bancuh dengan sedikit air). Biar nasi tanak betul2 dan gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng...Selamat mencuba!!

9 comments:

leen hussain said...

memang nostalgia set pinggan mangkuk tu mat, tu yg dok pikir ni, ko nak tayang nasi ke tayang pinggan...wakakaka...sorry ya gurau2 malam2 buta ni...

Mat Gebu said...

salam leen...
Hahaha, satu soalan yang hangitt...excelikan sambil menyelam minum air, saja nak share betapa indahnya set2 lama, boleh digunakan utk basahan dan juga hidangan ala2 formal....hehehehe...tak pe, saya ok...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abg mat..penat betul badan nie seharian berniaga..layan menu nasi beriani nie dgn set antik tu...buatkan mata ayu kembali segar bugar.....

ala...lapor lah pulak...meleleq air liur......

Chempaqa said...

salam cikmat..
wonderfulllllllllll..senduk yg besar tuh ku x der lagi..agak2 bilalah nak dapat yer....??kih kih kih...terbau2 nasi beriani nie sampai ke rawang nieh....

MamaFaMi said...

Oh...tak jadi nak boh jus nenas eh? Naperlah gambau makanan Mat ni memukau bijik mata ma... berpinau dah tengok ni... mmm... nak naik tidurlah.... tak larat dah bebola mata ni berpusing pusing! Nanti pening! Hahahaha...

Mat Gebu said...

salam puan siti...
Hehehhe..selain set nasi, set pinggan antik tu kesayangan saya..

salam kak chemp..
Kak, senduk tu dulu saya tak mo beli, sekali yatt suruh beli..baru aku nak beli..selowww leer pakcik ni kan...

salam mamafami...
salam ma, tak jadi leer jus nenas, i malas...alah memukau apanya, kek mama tu lagi cun..pastt guest tu tegur sudu saya terbalik,,ahak, gasak leer, exceli kan ni dah time waktu berbuka...last2 makan guna tgn, sudu semua tatau mana pi..hehe

fuzidss said...

sedapnya En Mat... pinggan cantik dihiasi dengan makanan yang sedap la pulak tu walla

hana said...

perghhh! cantik betui nasik ko cam kenduri kawen jerk! akceli resepi nih aku main agak2 jerk dr apa yg mak aku ckp.. coz org2 tua nih klu masak dier kan main campak2 jerk! hihi... pinggan mangkuk tuh mmg btol2 nostalgia.. sbb aku dah pecahkan byk yg bunge cenggitu! hahahahaaa....

Ummi said...

Amboiii siap hidang dgn set bunga kangkung tuh...mmg tambah berselera la makan nasi minyak jus oren tuh..kalau amik acar nenas pun nampak kangkung kot...hehee, sabauuuu je lerr akak!