BEN ASHAARI

Friday, March 26, 2010

KUETEOW SUP AYAM

Kueteow Sup Ayam
Salam petang Jumaat semua...tau2 dahh petang, kejap nooo...kang tau2 dahh malam.. ..Jom makan kueteow sup ayam, alahh ni resipi2 biasa jeee....nampak gambar bukan main lagi kan, tapi sedapp leerr, ada rupa, ada rasa....serius ni tak tipu...tapi kalau yang lain tatau lah, sebab tekak manusia ni kan citarasa lain2. Ini buatnya palingg senang, janji ada kue teow dan sup ayam. Resipi sup ayam tu mat dah letak banyak juta kali juga kat blog, tapi demi memudahkan para pengunjung blog, mat tulis lah, lagi pun hari ni rasa macam ringan "jari" nak menulis..apa ingat jari gebu, berat ke?...hahaha, kalau jari puan2 tu mat tatau lahh, kot2 memang berat dek intan berrrrlian!!!....

BAHAN-BAHAN SUP AYAM :-)
800 g ayam, potong sederhana besar
4 biji kentang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, dikerat 4
2 camca besar bawang goreng
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
3 hirisan nipis kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor
Sambal kicap
Tauhu, digoreng dan hiris (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lengkuas titik hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, masukkan kuib ayam, daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar merenih sehingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh rejis sedikit serbuk perasa (mat tak guna..). Rasa dan jika ok, boleh hidangkan bersama kue teow dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu dan juga cili kicap...hidangkan selagi hangat....enjoyy!!!!

5 comments:

MamaFaMi said...

Mat, jari ma tak berat sebab tak de salut solid gold intan berlian segala tau. Sebab mama ni kalau wat kerja, tak reti nak selo selo.. jadinya, takutlah berlian setongkol kot ada ler, tercampak sana sini. Silap haribulan, masuk dalam kuah plak! Hahaha...

Mmmm hujan hujan ni, tengok kue tiau ko tu, cam teringinnn je Mat...

umialya said...

tak sanggup akak nak pakai intan berlian, tak pasal2 jadi mangsa rompaaaak! yg sebenarnya bnda tu x der.. jd wat alasan je tuuu..hehe

sup2 ni mmg kegemaran akak n anak2.. hulur semangkuk mat..!

TokNabe said...

Kueteow memang saya suka, tak kiralah digoreng atau dibuat sup.

Teringat masa kat Melaka.. ada orang perkenalkan saya dengan kueteow basah (bukan kueteow goreng basah). Rasanya sedap jugak.

Mat Gebu said...

salam mama...
Mama sapa tatau, mmg ringan jari...Tabik kat mama!!!..psst, jgn lupa remnat karipap pusing si hana tu ek, sebelum kita pi batu belah..hehe...

salam umialya...
Yeaaa betul, baik jgn guna, silap2 nanti jari semua kudung...

salam tok nabe...
Sama lah kita, saya penggemar kueteow juga..waa kueteow basah yea..hmm nak kena siasat juga nih..hehehe

..arcmabaharin.. said...

sedapnya!!!!! terliur sy..

dah lah tgh pose ganti ary nie ;p

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.