BEN ASHAARI

Wednesday, March 31, 2010

CHICKEN LUNCHEON ROLLS

Chicken Luncheon Rolls
Salam Rabu buat semua, dah minum petang ke. Rasa2 macam dah lama tak buat roti, alah buat gunakan perkhidmatan "Bread Maker" ni memang menyenangkan, koo timbang, sukat dan lambak je dalam dia, pastu pilih setting untuk doh, tekan dan tunggu dok siap, bentuk2 dan bakar...tau2 dahhhh siap, tinggal makan je. Hari ni mat nak share satu jenis roti yang resipi dia mat kutip dari blog "MamaFami" yang begitu sinonim dengan dunia2 memasak ni... Mama buat nampak lawa, tapi mat buat nampak lagi lawaa...ahak (boleh tengok kat sini...), hawaw je aku kan kata macam tu..hehe, tak de lah, mat buat nampak "tembam" beno, mama punya just nice dan roll dia terserlah gitu...erkkk..mama..nanti bila chat luu bagi tau guaa, macam mana luuu roll itu benda...okey!

Chicken Luncheon Rolls
Roti ni lembut dan dalam dia digulung bersama chicken luncheon (mat guna sosej ayamas yang ada lada hitam tu jeee) dan juga keju mozarella (tak de keju tu, belasah keju cheddar je). Tapi kan seperti biasa kalau cik mat gebu yang buat,aku akan menderhaka sikit pada resipi, mat tambah bawang putih yang ditumbuk dalam doh roti tu bagi dia wangi. Oh yeaa sebelum kita semak resipi, nak tanya...cun tak tea set yang mat guna tu, selain gambar makanan, secara jujur dan tak mo hipokrit, memang mat dok guna set2 antik tu, bukan nak menunjuk, tapi kalau fikir2 dah masuk blog, orang pulak ramai yang tengok, kira nak menayang lah tu...tapi seikhlas hati ku, sekelumit pun tak de rasa riak atau nak berbangga...seriuss nii, waa kalau cakap bukan main2 wooooo!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
30 g gula halus
20 g susu tepung
6 g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener
1/2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih, tumbuk halus (optional)
2 kuning telur
130 ml susu segar (mat guna air biasa)
30 g mentega (mat guna minyak sapi)*
3 keping "chicken luncheon" hiris kecil (mat guna sosej ayamas berlada hitam)*
Keju mozarella, diparut (mat guna keju cheddar)*


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*). Gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Doh lembut sedikit. Bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik. Biar 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali yang bertanda (*), ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MEMBUAT ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk sedikit untuk membuang udara, tabur tepung pada papan pencanai dan juga doh tadi, canai sehingga menjadi 4 persegi, anggaran 1/2 cam tebal. Tabur dengan hirisan sosej dan keju tadi rata. Kemudian guling seperti membuat swissroll. Potong kepada 12 bagagian sama besar dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi...

9 comments:

umialya said...

iklas ye mat.. mmg cun habisss.. nipu le kalu dihati x der langsung niat nak miliki set spt diatas

bukan nunjuk tp beri semangat pd kita kaum ibu.. masakan x sedap x per janji nampak cantik dimata. kan mat kaan!

sedaaapnye roti, kalu minum ngn air kopi, bestkaaan!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

wow...meleleq air liur ayu....nyami........hujung minggu ayu nak cuba....tq for sharing..

MamaFaMi said...

Bab tayang tea set tu, tak riak Mat, tapi bab "...tapi mat buat nampak lagi lawaa..." haaa yang tu macam ada sikit riak! Muahaha... acah je Mat. Kita kena pikir positif. Kita kena rasa bangga dengan apa yang kita hasilkan. Bangga untuk memotivasikan diri untuk membuat yang lebih baik dan bukan bangga untuk bermegah. Itu adalah dua perkara berlainan... perghhh.. cakap dah macam pensyarah lak mama ni.. ngeh ngeh ngehhh.... ampun!

Ko ni Mat, sehari tak menderhaka tak boleh eh? Sib baik resepi tu tak leh bercakap, kalaulah dia boleh bercakap dan berperasaan, memang dah lama ko kena mintak mahap mintak ampun kat dia tau! Hihihi...

Apa-apa pun Mat... hasil air tangan mu tetap malatops! Mesti sedap ni... mulalah rasa macam nak buat roti ni...

Siti Indrawati said...

salam cik mat..maaflah nak jd penyibuk huhuhu nak tanya cik mat guna breadmaker jenama apa?atau boleh bg pendapat mcmna nak pilih breadmaker yg ok untuk pendtg baru mcm saya..tq

Mat Gebu said...

salam umaiya...
Roti tu walaupun rupa dia mcam hantu, tapi sedap...set pinggan tu bukan saya nak kata apa, tapi mmg cun kalau tgk live...

salam puan siti...
Cuba jangan tak cuba, anak2 mesti suka nihh...

salam mamafami...
Terlebih dahulu, patik menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon ampon dan maaf atas ke"riak"kan hamba dalam N3 kali ni..hahaha, maa, excelikan mama buat nampak lagu cun..saya punya ada tu dah macam muka iblis (perasan tak 1st pic, roti belah kanan...siap ada gigi karat lagi..)...

salam siti...
Saya guna breadmaker Kenwood dah masuk 3 tahun guna, mmg memudahkan, terutama kalau kita nak BM tu melakukan xtvt menguli saja, kita boleh buat keje lain sementara tunggu doh roti kita siap...

Linda@DhiaZ said...

salam abg mat...nmpk sedap la...leh cuba nih...slalu dok wat yg roll, ank linda yg sorng tu, cuma mkn sosej jer...roti dibuang...kalu wat cmni cnfrm kena mkn smua...hehehe...
lg 1 nk tya, apa beza abg mat guna kenwood & kitchenaid...yg mana rasa2 baguih?

Mat Gebu said...

salam Linda...
Betul juga kan, saya kalau roti sosej yg lilit tu, anak2 buah makan sosej jeee..roti..akuu jugak kena makan..pasal mixer ni saya pun susah nak kata. Kitchen Aid tu saya dah guna more then 10 years dan masih mantop..kalau breadmaker saya guna jenama kenwood..dah memang bagus!!!

ma'chiks said...

salam..sah sah saya nak buat tiru resepi ni, bab meroti ni mmg giler tak leh nak ubat. tima kasih tunjuk stepnya. i like.

Cik Mieya said...

salam Cik Mat,saya ni peminat blog masakan cik mat. memang suka resepi2 kat sini, penah cuba buat beberapa resepi. semuanya menjadi.terima kasih bebanyk. Tapi resepi roti tak lagi. Nak tanya sikit, kitchenaid yang Cik Mat guna tu model apa yea. Kat mana nak beli? Bukan apa, saya skg ni sedang plan sambar 1.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.