BEN ASHAARI

Monday, January 18, 2010

NYONYA SAMBAL TERUNG

Nyonya Sambal Terung
As'alikum dan salam sejahtera semua, dah makan tengah hari ke....mesti kaum ibu sibuk menguruskan persekolahan anak2. Hari ni mat tak masak apa2 sangat, cuma teragak nak makan sambal terung gaya nyonya. Rasa2 dulu2 macam dah letak resipi ni. Resipi ringkas ni kan sedap sekali dimakan bersama nasi hangat (kalau dapat nasi tu lembut sikit), lepas tu ada ikan goreng...sedapp i tell u....ishh nak power koo makan dengan petai, mau pingsannn lepas tu!!!...Oleh sebab ada pengaruh baba nyonya, kena lah berpantun...

TERUNG DATANG DARI JAWA,
BAWA BERSAMA ASAM DAN CUKA,
RESIPI MUDAH RASA ISTIMEWA,
DARI DAPUR PERANAKAN MELAKA

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru saiz besar (kalau kecil, guna 2 biji)
2 helai daun limau purut
5 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji buah keras*
1/3 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Limau kasturi, diperah jusnya. Ketepikan.
  2. Toskan terung tadi, lap kering dengan paper towel, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas(anggaran 30 saat). Angkat, tos dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut dan masak hingga pecah minyak, tuang jus limau kasturi, gaul dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  4. Angkat sambal tadi dan letak atas terung, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan ikan goreng....

8 comments:

PALATABLE said...

Salam CMG..terliur tengok terong tu...amboi sedapnya...

http://treatntrick.blogspot.com

hana said...

alamakkk terunggg!! fantang botol aku klu nmpk terung! kompom menu nyonya+jawa sodapppp! lawo la mat kaler terung ko tuh! jatuh tangga aku dbuatnyer!!

Mat Gebu said...

palatable...
salam..resipi ni paling mudah..dan sedap dimakan...tapi ikut selera masing2 juga, kalau guna bendi pun ok, tapi bend dicelur dulu..

hana....
Hahahaha..weyy ada cerita koo pasal terung tu..Sekarang kan kat pasar musim org jual terung benggali..besau2..makcik aku 1 hari suntuk dok gelak tgk terung tu...tatau pesal....last2 aku pun ikut gelak sebab baru mengerti..cehhh!!!!!

mohdandmeriam said...

Salam CMG.Makcik dah lama ikut ke2 blog cik mat.Masakan cmat semuanya nampak sedap2 belaka. Beruntung isteri cik mat dapat suami yg pandai masak.

ain said...

lapar terus tengok terung sambal mat ni!! lapar tahap gaban u!!!

AZIAN said...

Alamak...kaler terung dgn pinggan tu ngamlah!....

mokwonik said...

ikan jaws , ikan yu
ayoyo itu terung maintain ayu!

Idaman Hati said...

Salam perkenalan en mat, teringin pulak nak cuba resepi terung ni dah terasa-rasa sangat