BEN ASHAARI

Thursday, January 7, 2010

MEE SUP TOMATO..

Mee Sup Tomato
As'laikum semua, buat apa tuu...minta maaf lah sebab dah malam baru masukkan n3. Sejak2 ni kan mood memasak merudum betul lahhh, risau juga ni....Tapi tak pe, itu mungkin hanya "sementara". Rasa2nya dah lama tak masak mee atau pasta. Hari ni mat cuba me"inovasi" kan sup tomato dalam tin sebagai salah satu bahan kuah mee....Sedap uuu!!, tapi tatau lah kan tekak orang lain, kalau tekak mat rasa sedap jee...Selain tu kan tomato sup ni kalau orang belah utara, depa dok guna dalam masakan nasi tomato tau....Ok jom semak resipi :-)

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin "heinz cream of tomato soup"...boleh lihat sini....
1 biji tomato, cincang halus
3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 kuib pati ayam "Maggi"
2 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*(*kisar halus)
300 g isi ayam, dihiris
200 g sotong, dihiris
15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
1/2 batang lobak merah, hiris serong
1/2 biji red capsicum, didadu
1 pokok bok choy (sawi jepun), dikerat2
4 biji telur (optional)
600 g mee kuning, cuci dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Tambah daging ayam dan tuang tomato soup. Masukkan air dan kacau rata. Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam, lobak merah, red capsicum, udang dan sotong. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu (kalau guna telur) ke dalam kuah tadi dan biar masak perlahan sehingga telur mengeras.
  3. Tambah garam dan sedikit gula. Masukkan mee dan sayur bok choy tadi. Gaul rata, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Tambah kuah lagi jika perlu. Hidangkan segera.

4 comments:

salamdariborneo said...

emmmm,bau sampai ke sini.hehe....nampak sedap boleh cuba nih.

Chempaqa said...

salam cik mat..
yummyyyyyyy.....kompem sdapppppp
tp lg best tgk udang tuh..pandai mrk line up yer..kih kih kih

geraugebang said...

Kita pun suka. Selalu buat guna mi hun. Kena cuba guna mee kuning lak lepas ni bila tengok cik mat punya mee tersangatlah sedapnya.

Muna said...

Betoi-la cikMat....cheq dari dulu lagi memang loyal dengan brand Heinz... kalau time malaih, yang ni yang cheq target dulu, lepaih tu baru cari mee segera...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.