BEN ASHAARI

Monday, August 31, 2009

CHA GIO (POPIA) VIETNAM...

Cha Gio Vietnam
Salam sejahtera untuk semua, apa menu berbuka hari nie, mesti ada macam2kan, maklumlah bulan2 puasa ni ada tu mata jadi 3 - 4 lapis u, pulak2 yang pi bazar ramadhan. Ok hari ni mat buat satu resipi dari Vietnam yang diberi nama "Cha Gio" atau popia Vietnam. Sebelum tu mat nak ucapkan ribuan terima kasih pada kak "Mulan" atas kesudiannya memberi mat kulit popia vietnam yang khas diterbangkan dari negara tersebut. Kulit popia tu memang unik dan lain dari yang lain, ianya bukan macam kulit popia biasa tapi berbentuk jaringan halus (ala2 roti jala).....

Cha Gio Vietnam
Lagi satu keunikkan popia nie, ialah inti dia, memang mewah dengan benda sedap dan boleh menambah mutu "kolestrol" dalam body memasing..ahaks, hambik kooo!!!...Tapi isi dia unik sebab ada ubi keladi parut digaul sekali selain isi udang dan ayam..Resipi pun mat ambik dari blog kak mulan, tapi kita buat sukatan yang sesuai lah, memandangkan blog kita ni blog main masak2, tak gitu...Terima kasih sekali lagi ku ucapkan pada kak mulan.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g isi udang, dicincang halus
150 g isi ayam, dicincang halus
5 batang crab stick, dihiris halus
1 biji bawang besar, cincang halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1 pokok daun bawang, cincang halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 cawan parutan ubi keladi
1 biji telur
Garam dan secubit gula
Kulit popia Vietnam secukupnya (seperti gambar dibawah)

BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 camca besar sos ikan
1 1/2 cawan gula pasir (agak2)
1/2 cawan cuka makan



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Gaul rata semua bahan2 di atas kecuali keladi dan kulit popia, hingga rata dan sebati, kacau secara sehala sehingga mendapat adunan yang anjal. Masukkan keladi parut dan gaul rata. Ketepikan (nak senang, guna food processor). Ketepikan.
  2. Ambik sehelai kulit popia vietnam (rupa macam roti jala), dengan menggunakan tuala lembap, tutup kulit popia tadi untuk 30 saat - 1 minit, hingga ianya sedikit lembut dan mudah digulung.
  3. Isikan 1 1/2 camca teh inti, bentukkan memanjang dan gulung seperti popia biasa, dan sapu sedikit telur dibahagian hujungnya supaya mudah melekat. Buat hingga siap. Goreng dengan api sederhana sehingga kuning keperangan, jangan guna api besar, nanti inti tak masak. Hidangkan bersama sos cili*..
  4. SOS CILI* - Kisar cili merah dengan bawang putih hingga hancur, tuang dalam periuk dan tambah gula pasir, garam dan sos ikan. Masak hingga mendidih dan tambah cuka makan. Perlahankan api dan terus memasak hingga pekat.

PENGAT 1 MALAYSIA

Pengat 1 Malaysia
Salam satu Malaysia untuk semua dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52. Sempena hari bersejarah ini, mat pun buat lah satu jenis pengat yang dalam dia ada macam2 benda, ibarat negara kita yang masyarakatnya majmuk ada 3 kaum besar, Melayu, Cina dan India dan banyak lagi kaum2 lain. Lepas tu bila dah duduk selonggok dalam satu komuniti, mulalah terjadinya perkahwinan campur pulak...cina kawin dengan india, anak dah rupa ala2 melayu, india kawin dengan melayu, anak macam hindustan, cina kawin dengan melayu, anak jadi jadi modern "peranakan"..ahaks, hambik koo!!....kira all blended into one gitu u...

Pengat 1 Malaysia
Ni, kira pengat biasa2 je...Jadi resipi pun senang sangat. Orang2 belah Johor kan suka tau makan pengat dan manisan macam ni terutama bulan2 puasa. Rasa tu bergantung lah, tapi yang sedap, pengat yang rasa manis2 manja gitu..bukan jenis manis peringkat "ICU"...serammm kann...Resipi bawah ni asal kejadiannya agak banyak, jadi buat ikut kesuaian masing2 yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan ubi keladi yang didadu
2 cawan ubi keledek yang didadu (pilih yang warna oren)
2 cawan ubi kayu yang didadu
2 cawan labu manis yang didadu
1/3 cawan bubur cha-cha
2 camca besar biji sagu rumbia
1 1/2 liter santan cair
500 ml pati santan
2 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, dihiris*
2 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Keladi direbus hingga lembut, toskan.Bubur cha-cha dicuci dan rebus hingga lembut, toskan. Biji sagu rumbia dicuci dan toskan. Dalam periuk, masukkan ubi, keledek, daun pandan dan biji sagu rumbia, masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan masak hingga keledek dan ubi 1/2 lembut, masukkan labu dan masak hingga lembut.
  2. Tambah keladi, air gula dan bubur cha-cha tadi (gula ni agak2 lah, kalau bulan tak puasa boleh lah rasa, kecuali kat rumah ada "ah kak" yang tak leh puasa!!!). Tambah 1/4 camca teh garam. Biar mendidih.
  3. Tambah santan pekat dan masak lagi 1 - 2 minit, kacau sekali sekala. Matikan api dan hidangkan semasa berbuka puasa...Gula tu tadi kalau rasa macam byk sangat, jgn masukkan habis, masa berbuka tu kalau rasa kurang manis, boleh lah tambah sikit lagi air gula merah tadi....

Sunday, August 30, 2009

KERABU TAUGEH BONDA

Kerabu Taugeh Bonda
Salam sejahtera untuk semua, apa khabar?..Amacam puasa hari ni, ada ke yang pingsan tergolek?..ahak...Ok hari ni kan mat makan kerabu yang sedap u!!, Terima kasih pada "Kak Ummi Kuantan" atas kesudiannya berkongsi resipi "kerabu taugeh bonda" (yang tak makan taugeh tu, sorry ek!!!), yang asalnya dari air tangan bonda kak ummi, psst..itu pasal abah kak ummi tu sayang kat wife dia, sebab makan kerabu ni laa, jadi mana2 wife yang nak jaga laki tu guaa sarankan luu bagi dia makan ini kerabu tauu, nanti tidur malam pun dia mimpi luuu, tak mimpi fasha sandahhh!!! (tersedak2 si fasha..). Lupa nak pesan, resipi asal kak ummi tu jadi banyak tau, jadi pepandai lah yeaa modifey..kecuali..penduduk isi rumah u all ramai!!!..Kak, saya kopipaste je lah yea resipi dari blog akak, malas nak tulis..terima kasih yea..

BAHAN-BAHANNYA (KURANG LEBIH) :-)
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Hirisan cili padi (jika suka, yang ni mat tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba
CATATAN MAT GEBU :- Tadi sms kak ummi, dia kata, seelok2nya bancuh 20 minit - 30 minit sebelum dihidangkan....jadi kalau bulan2 puasa ni, jam 7 tu boleh lah kita gaulkan semuanya....

Friday, August 28, 2009

SUP DAGING TETEL

P1140834
Salam semua, kalau sampai nanti, genap lah seminggu kita berpuasa, ini sebenarnya mat masak semalam atas permintaan, jadi hari ni baru masukkan kat blog. Bulan2 puasa ni kan sedap kalau makan sup2 atau singgang. Sup ni kalau makan dengan mee hoon, nasi impit atau dimakan macam tu saja pun sedap kooo....Kalau mana yang tak makan tetel, boleh ganti dengan ayam atau daging lembu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g tetel lembu (daging lembu yang bercampur "lemak")
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
1 pokok daun sup, kerat dua
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya untuk merebus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
4 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
7 biji bawang merah#
5 ulas bawang putih#
2 1/2 inci halia tua#
3/4 camca besar lada hitam biji#
1 camca besar ketumbar biji#
1/2 camca teh jintan kasar#
1/2 camca teh jintan halus#(#dikisar halus)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Daging tetel dipotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah tulis dan kacau hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masukkan daun sup dan bawang goreng, masak dengan api besar sehingga mendidih, kecil kan api dan biar merenih hingga tetel lembut.
  2. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa dan hidangkan bersama nasi impit, mee hoon atau apa2 saja yang sesuai. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa sambal kicap sebagai penambah kehangatan sup ini...
CATATAN MAT GEBU :- Jika menggunakan preesure cooker atau periuk tekanan, mengambil masa kurang lebih 20 minit sahaja untuk memasak sup ini, tapi jangan masukkan kentang sekalu dlm periuk tu....

Thursday, August 27, 2009

KARI DAGING KERISIK

P1140841
Salm sejahtera semua...mesti semua dah selamat berbuka puasa kan...Hari ni mat masak kari daging kerisik, kari mudah dan ringkas. Kalau ah kak2 yang baru nak belajar masak pun boleh cuba masak kari ni, senang sangat dan tak banyak karenah. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, roti, roti jala, roti canai dan macam2 lagi lah...Kalau nak try boleh makan dengan biskut cream cracker macam "mamafami" buat...Resipi biasa2 jee...tak caya jom tengok.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging batang pinang, dipotong kiub
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..

Tuesday, August 25, 2009

ROTI SOSEJ BERKEJU

Roti Sosej Berkeju
As'laikum semua, selamat petang, mesti semua tengah sibuk di dapur dan ada yang tengah gedek2 kat bazar ramadhan. Hari ni mat macam kehabisan idea lah nak masak apa, jadi tadi siang tengok bahan2 untuk buat roti semua ada, dan kebetulan sosej pulak memang ada simpan dalam freezer, jadi projek roti sosej gulung pun bermula....Terima kasih pada Breadmaker ku yang telah banyak berjasa....Resipi ni mat pernah buat dulu dan letak kat n3 lepas, asas dohnya dari Chef Norzailina Nordin.....

Roti Sosej Berkeju
Kejadian roti ni kan, memang lembut dan gebu, rasanya pun sedap tau (Weyy!!!, jgn ingat ceQ tak puasa pulak, sebab tau sedap, dulu2 dah pernah buat!!!)...Jadi, sesapa yang rasa macam rajin dan tatau lah nak buat apa kan, boleh lah mencuba....Untuk satu adunan doh ni boleh dapat 14 - 15 ketul roti sosej...banyak kan, tapi i tell u, budak2 memang suka makan roti nie, kalau warga "emas" ada tu geli u nak makan..ahaks....

BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Monday, August 24, 2009

TAUHU KUKUS BEBOLA AYAM

Tauhu Bebola Ayam Kukus
Salam untuk semua, dah siap2 untuk berbuka puasa ke?..Hari ni mat masukkan satu resipi mudah dan sihat, ini panas dari kukusan lagi yea, baru sat tadi masak. Kalau nak sedap lagi kukus dekat2 masa nak berbuka, tapi kang kalau buat macam tu, alamatnya tak sempat lah nak tangkap gambar. Mat masak awal sikit untuk memudahkan sessi penggambaran, maklumlah kita guna kamera biasa saja, lainlah DSLR...tul tak....

P1140811
Seingat mat lah resipi ni mirip satu resipi di rancangan masak2 di satu siaran tv singapura (TCS 8, siaran tv cina)..Nampak menarik sangat, jadi mat ubah suailah ikut kesusaian kita umat islam. Kalau ada masak boleh lah mencuba yeaa, tak susah yang penting mesti ada sikit sifat kesabaran dalam diri kita...Ok untuk semua, selamat berbuka puasa yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A" :-)
100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.
  2. Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.
  3. Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......
CATATAN MAT GEBU :- Selepas berbuka tadi mat makan resipi yang mat buat ni, pada tekak ku ini lah kan, daging ayam tu rasa agak "kurang", disyorkan guna daging ayam segar kemudian cincang halus (yg tu jenis kisar, jadi bila makan rasa terlampau "halus"). Dan perlu tambah sedikit garam dalam cara membuat "no. 3", secara keseluruhan tidak mengecewakan ...sekian wassalam...

Sunday, August 23, 2009

BLACK PEPPER TUNA PUFF

Black Pepper Tuna Puff
As'laikum untuk semua, alhamdulillah selamat lah sudah kita menjalan kan ibadat puasa untuk hari ke - 2. Moga esok dan hari2 mandatang semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa banyak halangan. Hari ni mat masak biasa2 saja untuk berbuka, yelah kan bila dah masuk air saja, rasa benda lain tu macam dah kurang jalan. Untuk itu mat tadi saja2 lah menghabiskan stok ikan tuna yang tinggal 1 tin terkonteng2...Nak buat sandwich macam tak lalu pulak, jadi kita buat lah puff, guna pastry puff segera yang ada dijual dipasaraya2....Senang keje u!!

Black Pepper Tuna Puff
Rasa2nya mat macam dah buat beberapa kali kot resipi ni dan letak kat n3 lepas. Tapi untuk memudahkan, mat tulis lah lagi sekali resipi untuk inti dia. Lagi satu nak khabar, inti tu ikut suka yea, nak letak ala2 inti karipap pun boleh...Lagi satu kan kalau letak inti blueberry atau inti epal, dah jadi pai epal...pendek kata ikut kreativiti memasing....

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna dalam tin
2 camca besar mentega
1/2 cawan mix frozen mix vege (campuran lobak merah, kacang pis dan jagung)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
Secubit serbuk buah pala (optional)
Garam dan secubit gula
Sos thousand island secukupnya
10 keping pastry puff (saiz 4 x 4 inci)
1 kuning telur + 1 camca besar susu cair
Serbuk lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum, masukkan tuna (kalau jenis "chunky", hancurkan sikit yeaa), kacau rata dan tuang susu cair, kacau rata.
  2. Masukkan serbuk buah pala, lada hitam tumbuk dan mix vege, kacau rata. Tambah garam secukup rasa (letak sikit je) dan secubit gula. Masak dengan api perlahan hingga kering tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  3. Pastri puff dipotong 2, satu dikelar2 (macam dalam gambar) dan satu lagi biar kosong. Sudukan sedikit inti, lebih kurang 1 camca besar, ratakan dan letakkan sos thousand island atas inti tadi. Ambil pastri puff yang berkelar2 tadi dan tutup atas inti tadi, temukan bahagian atas dan bawah, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur pada setiap permukaan puff tadi dan tabur dengan serbuk lada hitam. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit hingga kuning keemasan (kalau oven yang mempunyai sistem hot fan, boleh "on" kan). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU:- Resipi inti di atas tu boleh dapat "20" ketul "black pepper tuna puff", kalau buat "10" ketul macam mat, inti yang lebih tu boleh lah simpan dalam peti sejuk atau gunakan lah untuk buat benda2 lain ikut kretiviti masing2 yeaa...

ASAM REBUS TEMPOYAK

Asam Rebus Tempoyak
Salam Ramadhan yang mulia untuk semua, semalam sibuk dari pagi sampai ke waktu berbuka, nak tangkap gambar masak2 pun tak sempat, cuma dapat tangkap gambar asam rebus tempoyak je, lauk2 lain ada juga tapi biasa2 yang mat selalu masak...Sekarang ni berbuka puasa makan ala kadar sudah lahh...macam malas u nak masak...asam rebus tempoyak ni pun lauk yang dah pernak mat masak, jadi layan jeee lah yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol sederhana besar (atau 4 ekor ikan kembong)
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1 camca besar tempoyak
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
Garam dan secubit gula
Air secukupnya
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 - 15 biji cili padi*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Satukan bahan2 tumbuk dengan tempoyak, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk, bersama serai titik dan asam gelugor, masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan tadi. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (anggaran garam tu dalam 3/4 camca teh (ikut banyak mana kuah). Masak untuk 2 - 3 minit lagi sambil dikacau sekali sekala. Boleh matikan api.

Thursday, August 20, 2009

LAGI TANDA INGATAN DARI TEMAN2 BLOGGER...

TERIMA KASIH UNTUK IKA DARI BLOG "ARAH"

TERIMA KASIH UNTUK HANA DARI BLOG "HANA'S FAMILY"

TERIMA KASIH UNTUK KAK ITA DARI BLOG "LESTARI KEHIDUPAN......AZITA"



TERIMA KASIH UNTUK LINDA DARI BLOG "NYUM...NYUM...NYUM...NYUM"

TERIMA KASIH UNTUK FATINZ DARI BLOG "PRINCESSFIVE"

TERIMA KASIH UNTUK KAK CT DELIMA DAN CIK MAT DARI BLOG "TAMAN SYURGA ABADI"....

TERIMA KASIH UNTUK KAK NOR 67 DARI BLOG "SECUBIT GARAM"

TERIMA KASIH JUGA UNTUK AYU DARI BLOG "CURLYBABE'S SATISFACTION" (2 KAD DI ATAS).

TERIMA KASIH UNTUK AYMY DARI BLOG "MY SMALL WORLD AND SIMPLE LIFE"...

DAN TERIMA KASIH JUGA UNTUK ANAWAHID DARI BLOG "MARI...JOM...SINGGAH".

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UNTUK SEMUA, AMPON DAN MAAF DIPINTA JIKA ADA TERLANJUR KATA, TERKASAR BUDI BICARA DAN TERSILAP TUTUR KATA.....

LEMAK SIPUT SEDUT

Lemak Siput Sedut
Yessss...lauk siput lagi, dah tentu lauk ulangan, bes tau masak lauk ulang tayang ni. Tapi minta maaf lah yea pada yang tak makan siput sedut. Tau tak siput sedut ni ada 2 jenis, satu yang kat air masin, lagi satu jenis dok kat air tawar. Di kampung mat (Sedenak) di sungai dekat dengan kebun kami, pernah dulu mat nampak siput sedut air tawar, mengikut sejarahnya, dulu kat sini tak de siput sedut sungai, arwah nenek mat masa dia duduk Rembau dulu, telah membawa pulang "benih" siput sungai dari sana ke kampung kami menetap sekarang ni. Dia campak kat sungai tu dan hingga sekarang keturunan siput tu masih wujud..itu cerita orang dulu2...wallah hualamm.....Tapi secara jujurnya, mat sendiri tak pernah makan siput sedut sungai....hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg siput sedut, cuci bersih
1 mangkuk terung pipit (atau terung "palembang")
2 helai dun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1 biji bawang besar*
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*
3/4 inci belacan, dibakar*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dipotong sedikit hujungnya (anggaran 3 senggan pada kulit siput). Cuci kembali dan toskan. Terung pipit diasingkan dari tangkai dan buahnya, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan siput, terung pipit dan bahan kisar halus, gaul rata dan tuang santan cair. Masukkan asam gelugor dan didihkan atas api. Masak hingga terung lembut.
  3. Tambah santan pekat dan kacau rata. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas...

ASAM PEDAS IKAN KEMBONG

Asam Pedas Ikan Kembung
Hari ni kan mat masak 2 jenis lauk ulang tayang, apa nak buat dah itu yang memenuhi selera, maklumlah tekak ni ada masa nak makan benda tuu saja. Ikan kembong antara ikan kegemaran mat, lagi2 kalau yang segar, buat singgang atau asam rebus, punya lah sedap.....lagi2 kalau yang baru di tangkap atau baru naik dari bot nelayan. Kalau tak suka ikan kembong, boleh guna apa2 ikan yang digemari, tapi setiap ikan rasanya berbeza....Jadi tepuk dada tanya selera yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar (kalau dapat yang segar)
1 biji terung biru (jenis panjang)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, potong 3 dan belah 2 setiap potongan, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan mintak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk lumat, halia dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan terung dan ikan, tuang jus asam jawa dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan scubit gula. Kacau perlahan untuk mengelakkan ikan hancur. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak letak daun kesum boleh, nak letak bunga kantan boleh dan pasal sayur tu, ikut suka yea, kacang bendi boleh, sawi jeruk boleh dan nenas pun boleh.....ikut suka memasaing okeyyy!!!!

Wednesday, August 19, 2009

TANDA INGATAN DARI "CIK MIN"...

Terima kasih mat ucapkan pada "Cik Min" atas kesudiannya memberi mat kat ucapan untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia ini....Moga kita semua mendapat berkat di bulan mulia ini...Selamat berpuasa juga untuk cik min sekeluarga dan juga pada semua umat islam...

Monday, August 17, 2009

SERUNDING UDANG KERING

Serunding Udang Kering
Bila tengok serunding, dah macam nak raya...tapi serunding ni kan memang sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat, lemang dan sebagai pelengkap lontong. Kalau nak campur daging cincang pun sedap juga, memandangkan tak de stok daging cincang kat rumah, mat guna udang kering je lah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan*
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
  2. Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....

Sunday, August 16, 2009

DAGING GORENG KUNYIT....

Daging Goreng Kunyit
Lagi satu lauk ulang tayang dan bukan nak kata apa lah yea....Ini lah lauk yang paling senang nak disediakan dan sedap pulak tu...Cuma yang guna daging cepat empuk atau daging batang pinang. Mat dah pernah masak lauk ni dulu...jadi yang ni tak yag letak resipi lah yea..kalau nak tengok boleh rujuk di sini....

LEMAK PISANG MUDA LAGI!!!!....

Lemak Pisang Muda
  As'laikum semua, selamat petang....Nampak macam lauk ulang tayangg jeeee....Sah2 memang betul lauk ulang tayang, ini lah yang mat jamu untuk tetamu yang datang sat tadi, sebab beritahu nak datang pun  itu jam juga, jadi masak apa yang ada kat rumah lah, tapi pisang muda tu memang dah ready awal2 (terima kasih pada bonda ku yang begitu setia menyiapkan pisang itu...) , Rasa macam malas nak tulis resipi, maklumlah kalau masuk n3 ini, tah berapa kali n3 masak lemak pisang muda saja....Oleh kerana macam rajin teramat sangat, mat tulis lah juga, jadi pada sesiapa yang rasa macam nak muntah, loya dan mual sebab tengok resipi yang sama....silaa tutup mata yeaaa!!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang muda
4 ketul tulang ikan masin kurau, direndam
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
400 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan secubit gula
2 1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
1 camca teh lada hitam biji*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang muda dibuang sedikit kulitnya dan hiris sederhana tebal (kalau nak tumbuk pisang tadi guna lesung batu pun ok, terpulang pada memasing). Rendam pisang tadi dengan asam gelugor. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang tadi (toskan dulu), serai titik dan  tulang ikan masin kurau. Gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih perlahan.
  3. Tambah pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan smabal belacan...

Friday, August 14, 2009

TANDA INGATAN DARI "KAK INTAN MR"...

Terima kasih banyak2 pada "Kak Intan MR" (MyResipi), atas tanda ingatan dia pada mat. Yelah diam tak diam bulan ramadhan makin hampir pada kita, mat pun nak juga ambik kesempatan ni mengucapkan pada semua umat islam, selamat menyambut kehadiran ramadhan yang mulia..Moga kita sama2 mendapat barakah dari "penghulu" segala bulan ini...insya allahh.....

Thursday, August 13, 2009

LEPAT PISANG

Lepat Pisang
Salam sejahtera untuk semua, selamat pagi, dah sarapan ke?...Jom makan lepat pisang, ala kuih biasa yang selalu orang2 kampung buat, maklumlah kat kampung benda2 macam ni mudah didapati, pisang ada tanam sendiri, kelapa pun sendiri punya (tapi kan untuk lepat ni, guna kelapa beli..hehehehe), kalau kita fikirkan orang2 melayu ni makanan mereka mudah, ikut apa yang ada di sekeliling mereka. Pucuk ubi, pucuk paku, pisang muda, jantung pisang dan macam2 benda semua kita boleh buat lauk-pauk yang istimewa..betul tak?....


Lepat Pisang
Lepat pisang kali nie, bonda mat yang buat. Feberet abah den lepat pisang ni (dan juga lepat ubi, naga sari dan segala2 jenis lepat...). Tidak menggunakan gula pasir, sebab pisang tu sendiri dah manis, cuma tambah sedikit gula melaka sebagai pemangkin rasa. Kelapa parut dicampur sebagai penambah rasa lemak2 pada lepat ini....ok ni resipinya...

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
  2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
  3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi....

Wednesday, August 12, 2009

ROJAK TEPUNG

Rojak Tepung
As'laikum semua, selamat petang Rabu, cuaca kat Sedenak ni mendung dan sat tadi hujan lebat u. Hari mat buat rojak tepung, resipi ambik kat blog "Hana" yang nun jauh di negara Jepun...Pstt dia tu jawaa kooo, tah2 cakap jepun pun ada munyi "jowo"..ahak, ampunn Hana!!.. Mula2 dulu mat ingat rojak tepung tu apa lah.. rupanya ala2 rojak mamak.. Tapi i tell u makcik2 dan pakcik2 semuaa!!!, sedap tau rojak ni..Sesuai untuk bulan puasa akan datang ni...dah lah budget murah, jadinya pun muai (banyak)...jadi memang berbaloi-baloi gitu..tul tak Hana?...

Rojak Tepung
Lagi satu kan rojak ni kira versatile, kalau letak mee, dah jadi rojak mee, kalau campur ayam dah jadi rojak ayam (ambik dari blog hana...dia tulis macam tu)... Lagi satu lupa nak cerita, projek buat rojak ni dimulakan sebelum jam 9 pagi tadi, sebabnya mula dari jam 10 pagi hingga 5 petang, kawasan kampung kami tak dak letrik, depa buat penyelenggaran. Tu jelah ceritanya tak delah bes sangat kan... Ok semua jom semak resipi...

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
10-15 tangkai cili kering
40 g kacang tanah, goreng dan kisar halus
60 g biskut tawar, kisar halus (susah2. guna biskut cream cracker jee)
3 camca besar gula melaka
6 - 7 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN TEPUNG (CUCUR) :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar (rata) yeast segera
3 camca teh gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit@pewarna kuning
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Timun, dihiris
Sengkuang, dihiris
Tauhu, goreng dan dihiris
Telur, rebus, goreng dan belah
Tempe, goreng dan potong
Kentang, rebus empuk, goreng dan belah
Salad, dikerat2
Ayam goreng, dipotong2 (optional)
Mee kuning, dicelur (optional)
Kangkung, dicelur (optional)
Taugeh, dicelur (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK TEPUNG (CUCUR) :- Satukan semua bahan2 cucur, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Seperti bancuhan cekodok. Perap 1 jam, kemudian goreng seperti cekodok biasa dalam minyak panas, hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
  2. UNTUK KUAH :- Cili kering dicuci bersih dan toskan, biar air pada lada tadi kering. Goreng dalam minyak panas hingga harum, jangan lama2 nanti hangus. Kisar lada tadi bersama bahan yang bertanda (*) hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar tadi hingga harum, masukkan air dan biar mendidih. Tambah kacang kisar, biskut kisar dan gula melaka. Kacau rata dan parasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit lagi gula pasir, sebab kuah rojak ni memang manis2 pedas.. Masak hingga pekat sedikit. Matikan api.
  3. UNTUK ROJAK TEPUNG :- Cucur tadi dipotong sederhana besar, letak dalam bekas sesuai bersama bahan2 lain. Tuang kuah secukupnya dan gaul rata2. Hidangkan segera...Nikmatilah dengan sepenuh jiwa dan raga untuk mendapat kesan yang lebih sempurna....hehehehe....