BEN ASHAARI

Saturday, September 26, 2009

IKAN PARI MASIN BERLADO

Ikan Pari Masin Berlado @ Mat Gebu
Ishh sedap nihh, makan lauk ni dengan nasi hangat, pastu masak nasi biar lembut sikit...Adoii mak koo!!!..boleh pingsan beb!!...Tak caya waa cakap, luu cuba try buat sendiri ek...tapi kalau yang tak makan ikan pari masin tu, minta maaf lah tak dapat den nak menolong.....ok jom semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g ikan pari masin, potong dan rendam dengan air selama 1 malam
5 tangkai kacang panjang, kerat2 = 2 inci
5 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
8 biji cili merah*
1/4 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tadi, ditoskan dan cuci lagi sekali. Kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Cedok keluar minyak hingga tinggal 4 camca besar.
  2. Tumis bahan tumbuk lumat dan daun limau purut hingga harum dan garing, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan kacang panjang dan gaul rata. Masukkan ikan masin tadi, kacau dan diikuti dengan jus limau kasturi. Masak sekejap dan seimbangkan rasa.
  3. Jika ok boleh matikan api dan hidangkan segera. Mesti ada rasa masin, manis, masam dan pedas dan harum bau daun limau purut. Sedap dimakan selagi hangat.

3 comments:

AZIAN DAUD said...

Salam Cik Mat. Wah sedapnya lauk kali ni. Lebih-lebih lagi dah bosan makan ayam dan daging sepanjang minggu ini.

kak ina kl said...

salam cik mat...puan ct delima ada datang kat umah kamu ..tapi kamu luper benda apa nak kirim...nanti mat bagi akak no hp kat email roslana_06@yahoo.com.my ye..

nanti 3 hb dia turun lagi...selamat hari rayer....best makan lauk cam ni lepas rayer..

Ummi said...

Mat, lepas2 raya ni dah puas makan daging n ayam belaka..kalu letak ikan pari masin berlada dgn sayur bening tu..mmg x pandang kiri kanan dah, pandang pinggan jek..selera yg ni la buat bdan akak makin naik sebenarnya..jmpa nasi semula..hahaa