BEN ASHAARI

Tuesday, September 29, 2009

AYAM SERAI KASTURI

Ayam Serai Kasturi
Hmmm, nampak macam sedap tak ayam tu?...Kenalah tanya "sis-linn" dan geng2 bas sekolah yang datang ke rumah mat tempoh hari. Tapikan masakan ni senang, cepat dan sedap. Nak makan dengan nasi boleh, nasi minyak boleh, ketupat pun boleh....roti canai pun sedap, rendang pun sesuai, pendek kata dengan apa2 je lah....ok jom tengok resipi dia, kot2 lah ada yang teringin nak mencuba try....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
  4. Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...

7 comments:

hani@debumelukut said...

tq. byk yg saya dapat belajar di blog 'dapur tanpa sempadan' ni..

Ummi said...

Mat, sedang elok le ni..mmg maleh dah nk merendang2, nk yang ala-ala rendang jek..hehe..sedap nmpak! Saya mesti pilih!!!!! :D

Atacha said...

nampak sedap nie..leh ah cuba...

Rabiatul Adawiyah said...

sedap.. mesti sedaap kalau dari mat..

Anggun's Collections said...

salam cik mat... nak tanya ler... kalau tukar susu jadi santan blh x?

Mat Gebu said...

anggun....kalau letak santan, lagi sedap....

echah_syed said...

tak yah tanya mat..dah kompem sodapp! :)

slm syawal ke 12 mat.