BEN ASHAARI

Wednesday, September 23, 2009

ANEKA JENIS KEK

Aneka Jenis Kek
Salam aidil fitri untuk semua, maaf zahir dan batin, mat letak gambar kek2 lapis yang mat buat untuk raya ni dan juga kek kukus. Maaf sebab lambat kongsi resipi, tapi ada antara kek2 ni mat pernah buat tahun lepas, contohnya, lapis rempah legit tu asalnya kek lapis prune, lapis cadbury tu pulak guna resipi kek lapis oreo, lapis asam manis tu resipi dia tak ubah dan lapis ais krim soda mat ambik kat blog rozzan. Kat sini mat cuma bagi resipi kek lapis ais krim soda saja yeaa, kek2 lain boleh klik di link yang mat bagi tu.....

Kek Lapis Ais Krim Soda
KEK LAPIS AIS KRIM SODA ( SUMBER : ROZZAN )

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
120 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks
1 1/2 camca teh esen ais krim soda
1 camca teh pewarna biru
50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
1 camca teh esen raspberry (optional, mat tak letak pun)
1 camca teh pewarna merah jambu
160 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
  5. Sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap

Kek Lapis Legit
Kek lapis legit tu asalnya kek lapis prune, tapi kali ni saja mat buat kosong, tanpa prune, cuma guna rempah kek lapis saja (gunakan rempah kek lapis cap kupu-kupu dari Indonesia untuk mendapatkan hasil rasa yang enak)...resipi boleh rujuk di sini......

Kek Lapis Asam Manis
Kek lapis asam manis ni pun mat guna resipi tahun lepas dan resipi asal dari rozzan. Untuk resipi boleh rujuk disini yeaa......

Kek Lapis Cadbury
Untuk resipi kek lapis cadburry ni, boleh rujuk resipi kek lapis oreo (sebab guna resipi sama). Cuma kali ni mat tukar oreo tu pada coklat cadburry dan warna pulak mat letak hijau dan merah.....resipi ni pun mat ambik dari blog rozzan (pakar kek lapis dari Singapura tuuu...)..boleh rujuk sini utk resipi....

Kek Kukus Buah-Buahan
Kek kukus buah2an ni mat mat guna resipi yang sama sudah lebih 10 tahun, cuma satu pesan mat, kalau nak dapat hasil kek yang lembap, kena buat kek tu awal sikit, bila kek sejuk, balut kek dengan plasti cling dan simpan di tempat sedikit gelap, lepas seminggu, insya allah kek akan lembap. Tapi kalau dapat gunalah mentega berkualiti seperti, Golden Churn, SCS atau Anchor... Untuk resipi boleh rujuk sini.....

11 comments:

ICook4Fun said...

Mat, Selamat Hari Raya to you and your family. Banyak Mat buah kek. Can you share the Kek Kukus Buah recipe with us? I ingin sangat nak buat ni.

deedah said...

Salam Lebaran, Cik Mat !
tersusun indah sume kek you ..yum..yum :)

BelalangDewa said...

walaupun Ah Mat Gebu dah lama tak masuk blog aku. Aku tetap masuk blog dia dan tinggalkan sedikit cakaran. Sebab dia kawan blog aku. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin... Ikhlas: BelalangDewa.

Beachlover's Kitchen said...

banyaknya kuih muih Mat buat,semua cantik and colorful pulak!

Muna said...

Meriah!!!

amboii said...

lama tak singgah sini, meriahnya.
Salam dari kitchenette journal

nd said...

CMG nasib baik tak dok se taman..kalau tak mau nekpp ORDER!!!jelesss sehhhh... feberet nekpp nie cik mat oiii...

Rabiatul Adawiyah said...

aduhai... ni yang best nih.. kek lapis ni favorite.. nak belajar buat nih.. mesti mak saya terkejut kalau saya berjaya buat kek nih.. ehehehe.. thanks..

aTiE said...

mat..

kat ne nak cari esen ais krim soda nih?? mcm tak pernah tgk aje hehehehe

aZuRa AhMaD said...

adooii..sedapnya...kena try buat nih

cf-ipm said...

mm sedapnya