BEN ASHAARI

Thursday, August 27, 2009

KARI DAGING KERISIK

P1140841
Salm sejahtera semua...mesti semua dah selamat berbuka puasa kan...Hari ni mat masak kari daging kerisik, kari mudah dan ringkas. Kalau ah kak2 yang baru nak belajar masak pun boleh cuba masak kari ni, senang sangat dan tak banyak karenah. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, roti, roti jala, roti canai dan macam2 lagi lah...Kalau nak try boleh makan dengan biskut cream cracker macam "mamafami" buat...Resipi biasa2 jee...tak caya jom tengok.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging batang pinang, dipotong kiub
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..

5 comments:

K.Nor said...

salam che mat, menu kita serupa la.. k.nor siap menjala arini nak makan dgn kari daging ni, che mat tak menjala ke? :)

MamaFaMi said...

Hihihi, Mat ingat lagi eh ma citer makan kari dengan cream crackers. Sedap oo... especially makan depan TV, tak sedor habis semangkuk tau!

Tadi kan Mat, actually nak buat roti sausage seperti dalam entry Mat yang lepas ni. Tapi roti tak jadi, terjadi biskut lak! Ahaks.. harum semerbak bau biskut tu tau.. tapi tak cantik cam Mat punya. Tu yang nak tengok acuan Mat cemana ropanya!

ain said...

sama menu ngan kak nor lah. pegi menjala2 sama2 gak ke..??hihi

Azita said...

time raya emak k.ita suka masak kari daging kerisik cam gini tapi masak pekat2, cicah dengan lemang. eeeiii...tak sabo lak nak nunggu raya ni...turn raya ngan emak! leh makan lemang cicah kari daging kerisik!

echah_syed said...

mkn dgn roti jala atau roti prata instant mmg cun mat! :D