BEN ASHAARI

Saturday, July 18, 2009

NASI PORTUGIS

Nasi Portugis

As'laikum untuk semua, salam Sabtu, hari ni mat masak nasi portugis, masakkan dia agak ringkas dan mudah, makan dengan acar sudah memadai, kerana dalam nasi tu sendiri sudah ada hirisan daging. Nak kata macam nasi beriani, tapi bukan, macam nasi lemak pun bukan...Memang unik sedikit, tapi dari segi rasa tidak mengecewakan, sedap (tapi kenalah faham, tekak dan citarasa manusia ni kan berbeza2....jadi lu pikir lah sendiri!!!!).....

Nasi Portugis

Resipi asal mat dapat dari buku masakkan "Norzailina Nordin"...Apa2 pun terima kasih pada kak lina kerana berkongsi resipi yang mudah dan sedap nie...Harap ok yea jika mat kongsi pulak di blog masak2 nie ....Jom kita lihat resipinya......

BAHAN - BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
300 g daging batang pinang*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
500 ml stok rebusan daging
500 ml santan
2 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar minyak sapi
3 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Gajus goreng
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  3. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar atau lauk2 lain yang anda gemari....

10 comments:

Sis-Lin said...

ayooo mat,aku ni nk kuar ghi mkn kenduri,skli nmpk plk ns portugis ko ni...huuhuhuhuhu

Mat Gebu said...

sis-linn...
Kalau makan nasi ni, terus pi Melaka koo....

Mima's Oven said...

cik mat, kalau tengok resepi kan...rasa2 nyer nasi nie lemak dan pedas agaknyer...

purnamw said...

wah..bestnya abg mat..lapo la perut nih

Mat Gebu said...

mima oven..,
Kalau resipi asal, dia guna 12+ tangaki cili kering, dikisar...mesti lagi pedas. Saya guna cili kisar je, jadi rasa tak pedas..cuma lite2 saja..

purnaw...
salam, hmm rasa dia sedap dan lemak2 harumm..

Ummi said...

Yuhuuuu...ewaahhh, sejak akak xda ni dah bertukar kulit jd orang Potugis pulak eh..jangan hilang selera nyonya dah laaa Mat...kempunan nnt..hehe...

sonata anak kancil said...

salam, sedap2 la resepi mat ni...mengiurkan air liur...sonata nak mintak C n P boleh kan? Asyik salin resepi , buat tak jugak!!!

Aishah@Ariffin@Aqil said...

wahhh memikat selera betui menu nih...

geraugebang said...

Macam sedap. Rasa-rasa jadi tak kalau gerau buat. Gerau tukang masak bengkak. Banyak tak tau daripada tau. Kalau buat masa raya best ni.

Mat Gebu said...

kak ummi...
apa nak buat kak, sikalang, nyonya semua sudah balik tongsan..waa tukar portugis pulak..

sonata...
Silakan, alah, bila ada masa terluang baru lah mencuba..kalau buat time stress atau kelam kabut, nanti jadi tak senonoh...'

aishah...
Yeaa betul, hidangan ringkas..ada acar mentah dah kira ok...pstt saya suka sangat piring antik tu...nice, terima kasih banyak2 yeaa..

Gerau...
Nak buat masa raya pun ok, tapi elok gerau try test sikit dulu, buat sikit..mana lah tau kot2 tak kena dengan tekak gerau..