SWEET OATS BAGUETTE

Sweet Oats Baguette
Salam semua, mat tulis n3 ni dalam jam 12 + am....Sebab paginya ada urusan yang perlu dibereskan, tu pasal tulis juga n3 sebelum masuk tidur. Roti ni mat buat siang tadi untuk minum petang. Rasa dah lama tak buat roti. Rasa sedikit manis tapi kira roti sihat juga kerana adanya kandungan oats dalam doh. Boleh dibentuk macam bun saja, tapi hari ni mat buat ala2 baguette atau roti perancis, tapi kita punya roti perancis jenis kontot..ahaks!!....

Sweet Oats Baguette
Boleh dimakan begitu saja, atau dicicah dengan kopi, disapu seri kaya, jem atau apa2 saja. Pada yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan kandungan gula dalam roti. Mat tabur sedikit bijan dan gula halus sebagai hiasan. Kalau tak suka abaikan saja benda2 tu, atau boleh tabur dengan keju parut...pun sedap!!!....Resipi asalnya mat adaptasi dari blog "Min BakingProject", wanita yang femes dengan cake bersalut fondant tu, tapi mat dah modifey sikit laa..Terima kasih yeaa Min...

BAHAN - BAHANNYA :-)
500 g tepung roti
50 g quaker oats
230 ml air sejuk (dari peti sejuk)
1 biji telur gred A*
1/2 camca teh vanilla esen*(*disatukan dan kacau rata)
15 g yeast segera
15 g susu tepung
125 g gula halus
10 g garam
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
15 g mentega
15 g lemak sayur (shortening)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali, mentega, lemak sayur dan air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga menjadi doh. Uli 10 minit. Masukkan mentega dan lemak sayur, dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan anjal (kira 20 minit). Bulat2kan doh dan rehatkan 15 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 diatas ke dalam beread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap menguli dan perap 15 minit dalam breadmaker (selalunya BM perap 1 jam). Keluarkan doh untuk membentuk roti.
  2. Bahagi doh kepada 4 bahagian sama besar, bulat2kan kemudian gelek memanjang kurang lebih kurang 14 inci, letak dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap, tutup dengan plastik dan biar naik selama 35 minit.
  3. Dengan pisau tajam, kelar 2 - 3 kelaran pada setiap roti tadi. Sapu dengan mentega dan tabur sedikit gula halus dan bijan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit hingga kuning keemasan, bergantung pada oven masing. Biarkan roti sejuk sebelum dipotong..

Post a Comment

5 Comments

  1. Mat, cantik roti...BM kat Sogo ada sale, tp tengok yang display je ada..dah mcam fade je, button sume dah kelabu kena test kot...Abang cakap balik cari kat Kuantan laa..pulak daahh! hehee...Mesti mau beli pnyer..x kira!!

    ReplyDelete
  2. salam en.. mat...aduh menggodanya roti ...nanti nak kena cuba gak... thanks

    ReplyDelete
  3. Wah.. very nice!~ Malas nak menguli sbb farrah 100% pakai tangan aje... Pakai BM memang lebih gebu dari tangan!~ Apa pon, best jek nampak... :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak roti tu...rasa cam nak buat jer..

    ReplyDelete
  5. Salam Mat, tq link ke kita.. Mat tau dak sekarang I buat roti dah takyah uli. Hari tu beli buku 'artisan bread in 5 minutes'. Cuma kena buat 1st sekali satu dough besar, air lebihkan. Pas tu simpan je dlm fridge satu dua minggu. Tiap kali nak guna, just ambik sikit-sikit. Rotinye jadi sama gak.. walau tak uli langsung. Kononnye slow rise and doh basah. Senang dan hari-hari boleh buat roti. Excited gak dgn new technique ni. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.