BEN ASHAARI

Thursday, July 9, 2009

MEE REBUS MUDAH

Mee Rebus Mudah
Inilah juadah yang mat masak untuk minum petang (dan juga berbuka puasa untuk bonda)...Sebenarnya dah plan 2 - 3 hari lepas, siap berborak2 dengan sis - linn lagi pasal mee rebus, dia plan nak buat mee hailam, tapi terbantut, sebab demam. Jadi hari ni tak kira, malas macam mana pun paksa juga jadi rajin.. Rasa2nya kat blog ni dah berkali2 juga mat buat mee rebus. Pada asasnya bahan hampir sama, jadi bila dah ada 3 - 4 resipi, kita boleh lah mengolah atau menggabungkan yang mana rasa sesuai untuk resipi sendiri. Pstt..cun tak mangkuk dengan piring kekwa merah tu...Hidang makanan guna pinggan mangkuk lama ni kan, sungguh nostalgia.... ala2 zaman nenek guaa masa dia anak dara duluuu!!!..hehehe....

BAHAN KUAH :-)
500 g daging tetel, kerat2, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia, dititik*
3 ulas bawang putih, dititik*(*rebus hingga tetel lembut)
300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan lecek halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng dan kisar halus
1 camca besar tomato puree
3 camca besar tauco, cuci dan tumbuk halus
2 camca besar rempah kari daging
1 inci lengkuas, diketuk
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai, hiris halus*
1/3 cawan udang kering, rendam 10 minit, toskan*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Air secukupnya (anggaran 1 liter)

BAHAN LAIN :-)
Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan cili hijau dan merah
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Belahan limau kasturi
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama lengkuas hingga harum, masukkan rempah kari dan tomato puree. Masak hingga garing, gunakan api kecil. Masukkan tetel bersama2 air rebusannya dan tauco tumbuk. Biar mendidih dan tambah keledek lecek (masukkan sekali air rebusan keledek), kacang tanah kisar dan tomato, kecilkan api dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) . Tambah garam secukup rasa dan juga gula (biasanya kuah mee rebus memang sedikit manis). Masak 4 - 5 minit lagi dan sesuaikan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain.
  2. UNTUK MEE REBUS MUDAH :- Ambil mee secukupnya dan isi dalam mangkuk sesuai, letak taugeh dan tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan bahan lain dan perahkan limau kasturi sebelum dimakan.....Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....

12 comments:

Ummi said...

Haaa..yang mudah2 ni laa akak suka...nnt sure buatnya..baru berangan nak buat mee rebus masa duk dlm pasaraya td...thanks Mat! Mudah2 pun mesti sedap..mudah-mudahan...hehe

Mat Gebu said...

kak ummi...
Kak, roti dah siap, alah lupa nak mms..kang kalau ada lagi, saya mms yeaa..hehehe, cuma malas nak masukkan dlm blog, sebab resipi ulangan u!!..

ain said...

yg mudah2 la bagus cik mat. lg2 utk org malas cam saya ni ha.hehe

sonata anak kancil said...

salam, sonata sentiasa / selalu baca resipi mat...salin dulu, bila ada senang ,nak jugak la memasak macam mat ni! terima kasih ye....

puding roti said...

wah..terliurnya

Mama Vogue said...

Wah mattt...., akak baru ingat nak buat minggu ni. versi akak pulak versi mee rebus johor zaman moyang dedulu yg tabur kerak pendaram udang

MamaFaMi said...

Sodap eh mee robuih ekau ni Jang... Eh tunjuk yo la gambar roti ekau tu. Ulangan pun tak po... buek jamu mato yo...

geraugebang said...

Salam Mat Gebu. Tension giller masuk blog Mat ni, menjejes-jejes air liur.

geraugebang said...

Lupa nak komen pasal mangkuk tu. Memang cantik, menambah selera makan mee rebus. Ummph.

Pijahh' said...

laparnyaa..mee rebuss

Siti Fitriyah Radzi said...

Terima kasih che mat.sedap sangat mee rebus .hari ni buat untuk iftar dgn family mak mertua.

Siti Fitriyah Radzi said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.