BEN ASHAARI

Tuesday, June 2, 2009

TOM YAM KUKUS

Tom Yam Kukus

Salam sejahtera buat semua, hari ni mat masak paling senang..paling ringkas dan sedapp!!! (pada tekak mat laaa...kang jgn ingat kita mendabik dada pulak yeaa!!!)..Mana tak nya senang, semua main lebur dan kukus..lepas 30 minit..dah masak, boleh terus santap...Kalau untuk ibu2 yang bekerja, memang sesuai lah resipi ni....tak caya?..ok jom tengok!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping dada ayam, cuci bersih dan kelar2
1 1/2 camca besar tom yam paste (mat guna jenama "life")
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1 keping tauhu, di potong dadu besar2
1 batang serai, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 batang leek, hiris serong
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar (optional)
6 - 7 biji cili padi, dititik
2 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 biji lemon, perah jusnya (boleh ganti dgn limau nipis atau limau kasturi)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi digaul bersama tom yam paste dan juga bahan tumbuk halus, perap 30 minit. Kemudian letak dalam bekas tahan panas. Isikan semua bahan2 diatas kecuali tomato dan hirisan daun bawang. Ratakan dan tabur sedikit serbuk lada hitam dan sedikit gula (garam tu kalau rasa tak perlu, tak payah letak, sebab sos ikan pun dah masin).
  2. Kukus atas air mendidih selama 30 minit. Selepas 25 minit waktu mengukus, letakkan tomato dan kukus hingga waktu yang disyorkan. Angkat dan hidangkan segera selagi hangat bersama nasi...

8 comments:

ain said...

alahai cik matt...terliur le tengok tomyam cik mat..sdp hirup kuah dia yg masam2 tu.

CT Delima said...

Matttt.... k.ct nak tom yam gak semangkuk ehh.nnt anto kat Dapur Ct tu tau hehehe

joegrimjow said...

warghh
mane nak cari sni??

biEha said...

cik mat..ooo...cik mat...

dapnyer masam2 camni...nyum nyum nyum...dapnyer hirup panas2...

mantan said...

Cik mat, nampak sedap tu. nanti saya nak buat. saya memang suka tom yam.

Kalay saya tambah sedikit hirisan daun limau purut boleh tak?

Ummi said...

Mat, tomyam kukus ada eh? Akak x penah wat lg..mesti sihat punya menu nih! Terliur tul tengok!!

aishah zaharin said...

CMG,
tak yah bubuh air langsung ke?

shahila said...

salam perkenalan..

baru tadi masak tom yam. hrmm.. bley try ni style kukus pulak. sy slalu singgah blog che mat.. ndak2 tgh takder idea nak masak ape.

satu lagi.. minat betul la ngan pinggan mangkuk che mat neh.. kalo mak saya tgk mesti suka. hahahaha!

saya link blog che mat yea..