BEN ASHAARI

Tuesday, June 30, 2009

KACANG PANJANG BERPETAI

Kacang Panjang Berpetai

As'laikum semua, selamat petang....Untuk n3 terakhir bulan Jun ini mat letak lah sayur yang dimasak ala2 sambal goreng jawa...tapi kalau sambal goreng yang tulen, bahan2 dia ada lagi. Yang ni cuma guna apa yang ada...Tapi yang mat suka, sebab ada petai, hmm bertambah lah keharuman aroma masakkan ni (bagi penggemar petai). Sesiapa yang tak makan petai, tak payah lah letak, dan rasa masih boleh dikategorikan sedap lagi....Kalau lah macam tergerak hati nak mencuba, mat kongsi resipinya ok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 tangkai kacang panjang
1 keping tauhu, didadu sederhana besar
2 keping tempe, didadu sederhana besar
3 papan petai, dibelah dua
1 cekak soo hoon, kerat2 dan rendam
1 cawan isi udang
1 inci belacan + 1/4 cawan air, hancurkan
1/2 cawan jus asam jawa (sederhana pekat)
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa

BAHAN DIHIRIS :-)
6 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang panjang dihiris serong, tempe dan tauhu digoreng embel2 (embel2 = tidak terlalu garing atau 1/2 masak), angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 3 camca besar.
  2. Tumis bahan2 hiris hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah belacan dan jus asam jawa. Kacau dan biar mendidih. Masukkan petai, tauhu dan tempe. Gaul rata.
  3. Masukkan kacang panjang dan masak hingga kacang sedikit lembut, tambah soo hoon (toskan dulu) dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak dengan api sederhana hingga sedikit kering.
  4. Rasa dan jika ok boleh angkat dan hidangkan. Jika suka boleh tambah sedikit santan (2 - 3 camca besar dan masukkannya pada langkah no. 3) dalam masakan ini untuk menambah keenakannya. Selamat mencuba!!!

6 comments:

ain said...

sedapnyaa...sedapnyaaaaa!!!! I luvvvv petaiii!!!!!!

fzmenu said...

Salam Mat...
Nampak sedap kacang panjang goreng ngan petai tu, terer mat masak...

casa'oma bakery a.k.a casaomaantique said...

salam cik mat...amboi...sedapnyer nampak...dah makan tp rasa cam nak makan lg bila nengok sayur cik mat masak nie..

aizan said...

selama nie kalau ada petai zan buat sambal tumis atau gulai potai atau joruk potai. Cik Mat dah tepek resepi nie buleh laa try nanti..

Raihan Shaari said...

cedapnye.. ada baki petai kat peti ais tu.. boleh masak camni..tq mat bagi idea best.

noorcahaya said...

sedapnya kalo jadi sayo dlm nasi ambang....