BEN ASHAARI

Wednesday, June 3, 2009

DAGING TEMPRA

Daging Tempra

Selamat petang semua..buat apa tu...tengah melopong kee?...ahaks...Ok hari ni ada satu jenis masakan peranakan yang begitu mudah dan ringkas. Nama lain macam kan, tapi hakikatnya ala2 masak kicap jee...tatau lah mana depa dapat nama "tempra" tu..biasalah dah banyak kacuk..jadi bahasa pun dah macam2...Selalunya orang masak guna ayam, tapi dalam freezer cuma ada daging batang pinang...jadi apa lagi..layannnzzzz!!!...Eh, sebelum tu, ni dia. Ah Mat Gebu ada pantun nak bagii.....

Kebaya jarang bersulam indah,
Disemat dengan kerongsang intan,
Masakkan peranakan nampaknya mudah,
Silap cara selera tak kenan

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g daging batang pinang, hiris nipis (resipi asal guna ayam)*
1/2 inci halia, tumbuk lumat*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh gula*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 biji cili hijau, hiris serong
2 biji cili merah, hiris serong
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN A :-)
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1/2 cawan air
1 camca besar jus limau nipis (atau cuka makan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 "A", kacau rata dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7 - 10 minit hingga daging lembut.
  2. Masukkan bahan "A" dan kacau rata. Kecilkan api dan renihkan hingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Bila kelihatan pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, gaul rata.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman....


9 comments:

Lynna said...

Mat....bahaye neh mkn daging tempra neh.....bknnye apa,..agak2nye kalo lepas mkn daging tempra neh temper pun datang kot hahaha ;p

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat...
nama menu nih cam pelik...tak pernah dgr...tp tgk bahan cam mudah je...boleh try nanti...

ain said...

baru tengok gambar dah lapo dah cik mat ooii!!!

Ummi said...

Wei Mat, nampak sedapnya daging ni..rugi lak x beli daging kat pasar malam tadi..ish ish..tp minggu dpn la akak buat kot..wiken ni gantung periuk nk g Family Day ofis kat Cherating tu smpai ahad...tata Mat..hehee, esok dah nk kena anta barang2 lucky draw segala2..take care le Mat yaa..

Ielaz said...

cik mat..ingatkan daging tempura td..hihihihihi...bestnyer..... sungguh menggiurkan... ada masa blh try ni

blogresipi said...

Sedapnye... kalau musim raya suke makan dengan lemang...

Hayati said...

masakan peranakan sedap rasanya
tambahan lagi che mat yang masak
tempra ni kalut maknanya
bahasa kedah ditempat akak

Betul ke tempra daging ni. Daging kelamkabut.

somuffins said...

Salam CikMat.. Orang Johor aje yg suka cakap "melopong" ek?

cik mek molek said...

Sedapnya nampak.Nanti nak buat la.Thanks for the great recipe.