SAMBAL TERUNG BAKAR - Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, May 20, 2009

SAMBAL TERUNG BAKAR

Sambal Terung Bakar

Sedap nihhh...makan dengan nasi hangat, ulam2 dan ikan goreng atau kan masin....Resipi mat dapat dari blog "kak cik" yang dok diam di Finland (ye ke koo dok Finland, kak cik?...aku lupa laaa)....Resipi kat blog dia main agak2 jee, tapi mat letak lah yea sukatan mcm mat masak tu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru
1 biji tomato
1 camca udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5-6 biji cili merah*
8 - 10 biji cili padi*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dicuci , lap kering da bakar hingga lembut. Udang kering ditumbuk halus. Sejukkan dan potong dadu. Tomato didadu kecil. Ketpikan kedua2 bahan tadi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan udang kering dan masak hingga terbit minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan terung dan tomato dadu tadi, gaul rata, masak sekejap dan matikan api.
  3. Jika kurang masam boleh tambah jus dari 2 biji limau kasturi. Hidangkan segera bersama nasi hangat....Boleh pingsan bebb!!!!

4 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat...
menu nih kalu cik hubby ku tau mau la ning gak dia suh bikin...

SiS-lin said...

aikk sama lak dgn menu aku hrni..tp terung msk belacan...hehehehe

ain said...

sana sini tgh populat terung bakar ni. x leh jd nih. nak kena try gak!

Mat Gebu said...

Aishah...
Eh sedap lahh, rasa dia kan lain sikit dari sambal terung biasa..ke sebab saya salai terung tu atas bara api?...

sis-linn...
Uikk pesal kita leh masak terung sesama pulak kan..hehe mentang2 leer terung kaler pepel....

ain...
Memang tgh femes jugak nihh..tu pasal kita cuba..Tapi masak dia senang jee..sempoii!!!

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.