BEN ASHAARI

Thursday, March 26, 2009

KEK LUMUT

Kek Lumut

Pernah dengar "kek lumut"?...bukan buat di Lumut, Perak atau pun kek tercampak kat mana2 kawasan berlumut yeaa....Ini kek dari Sarawak dan resipi dia mat dapat dari blog Dayang Kek Lapis, seorang wanita gigih yang mengusahakan perniagaan kek lapis. Di samping tu dia juga mengadakan kelas2 kek lapis (seluruh Malaysia uu!!!)....boleh lihat blog dia di sini... Mat dapat feedback dari "kak cik" dan "fidah". Depa berdua ni kata kek lumut tu sedapp.....Ishh memang betul u, sedap dan rasa ala2 kek lapis pun ada...tatau nak kata macam mana kecuali sendiri kena rasa baru tauu!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
  3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Mat kukus 3 jam....

18 comments:

ain said...

wah...klu dah ramai kata sedap, kena buat ni.

princessharyati said...

pakcik dag ku kata sedap ala mkn kek n puding bau ala2 kaya gitu... mmg sedap sampai takleh nak stop

echah_syed said...

hijau..patutlaa lumut :p

kek atau biskut yg ade horlicks mesti sedap ekk :)

PINATBATE said...

salam CikMat..
apakah hikmahnya membalut alumunium dan diikat pulak dengan tali rapia tu?

ima said...

kek lumut ni memang dlm list saya nak cuba buat...tapi sampai sekarang tak terbuat lagi,dah cik mat kata sedap lagi semangatlah nak mencubanya...

Dayang said...

alahai cikmat,dah rasa kat tekak ni wehhhh,mintak ckit!

Beachlover said...

Mat,cantinkya kek tu...nak cuba buat ni...oh!!ooo...hmmm kena buat kaya dulu kan baru boleh bake kek ni*sigh*

ICook4Fun said...

Mat, I nak try kek ni lah tapi tak tahu boleh dapat nestum ke tidak kat Chinatown. Kalau tak ada nestum boleh replace dengan apa ya?

MamaFaMi said...

Aisehmen, kukus ke? Mulalah datang angin malas ni...

GABAN said...

terliur nengok kek lumut ni, time raya jer baru dpt buat kek ni.. mmg fames di swak kek ni..kamek peminat kek lumut uuuu...

MULAN said...

betol tu... kena try ni.. yumm yumm..

Ummi said...

Salam Mat, eemm..akhirnya me"lumut" jugak ko yaa..hehe..nmpak sedaplah kek tu.moist ek? Akak ni bz sehari dua, budak Hana dr Jepun tu dtg rumah..hehee...sakan borak mlm td sampai kat jam 1 pagi..Hari ni nak gi makan kenduri la pulak...! Selamat Berhujung Minggu.. :D

kasih alya said...

a'kum cikmat.. sy dah try resepi kek lumut mat ni mmg sedap... tq ye mat..minta halal amik resepi..moga byk pahala mat sudi bg resepi dgn seme org...;)

Fieza said...

Cik mat nak tanya naper saya buat kek lumut ni tak naik n gebu macam cik mat. Guna tepung gandum jer kan bukan tepung naik sendiri..then nak tanya naper kena kukus lama sampai 3 jam ek..selalu kek kukus kejap jer dah masak kan

logorithm said...

Rakan opismate I ternampak I tengah baca kek lumut... terus meleleh air liur dia. I dah print untuk dia try. Tapi dia tanya la... tak perlu ker taruk baking powder?

Ari said...

cik mat, bleh x kita bakar kek lumut ni dlm oven?

Mizz Coki said...

Fieza: Kek Lapis Sarawak resepi dia mmg kukus berjam jam! Sebab itulah kek kukus Sarawak tahan, kalau tak masuk fridge tu seminggu tahan tau! My fren buat kek kukus buah dan kek Hati Pari, dia simpan dalam aluminium foil pastu simpan kt fridge tahan setahun!! Kek Sarawak terkenal sebab lemak, enak dan tahan lama. Tapi tekstur Kek Lumut Mat Gebu lain pulak ye? Selalunya tekstur dia mcm padat solid gitu, tak berlubang.

Cik mizz dayang liz lisa amyeera myra said...

eh?. aku nmpak cm lumut btul jee x menyelera kan lngsung lh ...