HOKKAIDO BREAD

Hokkaido Bread

Masa berjalan ke blog "Beachlover Kitchen", mat macam teringin mencuba 'hokkaido bread' yang ada kat blog dia...Lagi pun rasa macam lama juga tak buat roti, last buat, roti marble hari tu, jadi petang tadi kita usahakan BM (breadmaker) membuat kerja rutin beliau......

Hokkaido Bread

Roti ni tak letak mentega, tapi lebih banyak bahan tenusu digunakan (tapi mat tambah bread improver dan bread softerner dalam resipi dia). Rasanya lemak2 dan lembut..Memandangkan resipi asal "macam" banyak, jadi mat buat 1/2 sahaja...Untuk resipi asal (yang banyak tuu), boleh lihat di blog "Beachlover Kitchen"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung roti (high protein flour)
1/4 cawan tepung kek
30 g telur (1 biji telur, dikocok, kemudian timbang 30 g)
1/2 cawan susu segar
70 ml whipping cream
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak benda2 ni)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung roti, tepung kek, susu tepung, bread improver, bread softerner, garam dan gula halus, gaul rata. Buat lubang ditengah2 tepung.
  2. Satukan susu segar bersama yeast, kacau hingga larut, tuang dalam tepung bersama2 telur tadi. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah whipping cream dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (elestik). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling. Biar 45 minit hingga doh jadi 2 x ganda..
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga doh siap...
  4. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian gulung seperti swissroll (ikut saiz loaf tin masing2)...Alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega pada dasar dan tepi tin. Mat guna loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit - 1 jam.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  6. Sesuai juga untuk dibuat sandwich atau dimakan bersama jem dan seri kaya....air kopi/teh jangan lupa yeaaa!!!!

Post a Comment

11 Comments

  1. salam cik mat...bab2 roti ni mmg saya surrender nak buat, x de BM, nak uli sendiri...malehhhh.hihihi

    ReplyDelete
  2. Cik Mat,Hokkiado bread really look white and soft!! next time I nak cuba add bread improver.oh!! apa tu bread softner,Mat? .oh!! let's me get a new bread machine first! thanks for your idea:)

    ReplyDelete
  3. Walla Mat... menarik.. tertarikk bangett haku ngan rotimu yang satu inie.. haku nak BM gak... Wah.........

    ReplyDelete
  4. wahduhhhh, pandai betul. Kat KL ade Gion Bread yg dikatakan berasal dari Kyoto. Ni pulak dari Pulau Hokkaido yg memang cantik sekali pada musim sejuk!
    Roti Gion tu satu biji harga RM18? Adik saya belikan satu biji utk saya semasa saya di Malaysia. Sedap dibuat French Toast.

    Terima kasih resepi ni ya. Akan saya cuba buat di sini.Bestnya makan pada waktu pagi sejuk dgn kopi panas!

    ReplyDelete
  5. wah.. ni kalau nak makan kena cakap jepun ni.. he he..

    mcm sedap jer kalau cecah kari atau dalca kan mat.. he he

    ReplyDelete
  6. Mat, nampak lembuuuuttnyaaaa roti ni...mesti sedap n kalau makan ni rasa duk kat bandar Hokaido sana eh....cantik bersarang betuii roti Mat ni..kalau ada semut tersesat mesti x perasan..hehe

    ReplyDelete
  7. cik mat..bila nak buat roti kan,terus lemah segala sendi2 tau mat.malasnya nak dok menguli2 ni hehehe kena gak ler beli BM ni mat :)

    ReplyDelete
  8. Fuyooooo...dasat ropa roti Mat tu! Ngancam jiwa dan raga!

    ReplyDelete
  9. cikmat,
    best betul kan ada BM ni. I loveeeeee my BM gak, hehehehe....

    ReplyDelete
  10. Salam semua... sape2 yang tengah mencari BM tu sy nak introduce satu BM yang memang bagus...Harganya pun bagi sy amat berpatutan krn fungsinya bukan setakat BM je.. tapi boleh guna utk bkr kek, panggang ayam, toast bread.. memang best la...sesiapa yang berminat bleh la pm sy coz sy tgh mencari org utk main kutu BM ni...amazingtupperware@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam cik mat, ema da buat roti ni. lepas bakar n sejukkan, potong kulit nye, pastu calit kaya n stim; ala2 kopitiam cina gitew. sgt menjadi! i loikke..tq for the recipe :)
    *guna BM mmg sonang.. cari ja cap Tesco (made in UK) rege 229 gitu je, termurah dipasaran, bgus utk beginner yg 'buta masak' mcm sy :P

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.