BEN ASHAARI

Thursday, February 26, 2009

MURTABAK LAPIS

Murtabak Cracker

Dah lama juga ingin mencuba murtabak lapis ni, biskut dah 3 - 4 kali beli, tak buat2 juga dan biskut pun dah habis dimakan cicah air kopi. Kali ni beli biskut terus buat. Resipi mat dapat kat blog "Norzailina Nordin". Tapi kak lina buat nampak macam kejadiannya agak besar (resipi asal boleh lihat disini...). Mat buat separuh dari resipi dia dan gunakan tin (8 x 4 x 3) inci. Sedapp rasanya, lagi sedap kalau dimakan bersama bawang jeruk yang kaler merah2 tu (maaf tak sempat nak buat, aku sibukk!!!)...Jadi makan dengan sos saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
22 keping + 1/2 keping biskut cream cracker
200 g daging cincang
1 1/2 camca besar rempah kari daging
150 g bawang besar yang telah didadu
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*dikisar halus)
150 ml susu cair + 200 ml santan
1/2 cawan air
1 1/2 camca besar minyak masak
3 biji cili merah, dihiris (boleh kurangkan)
3 tangkai daun sup, dihiris
3 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar mentega
Garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTINYA :- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan rempah hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan tuang air, kacau rata. Bila kering, masukkan bawang besar, garam, lada sulah dan sedikit gula, kacau hingga bawang layu. Rasa dan jika ok matikan api dan alihkan dalam bekas lain. (Mat campur sekali cili hiris dan daun sup, kacau rata)..
  2. UNTUK MURTABAK CRACKER :- Alas dasar tin dengan aluminum foil, sapu dengan mentega, sapu juga bahagian tepi tin. Ambil 7 keping biskut dan kerat dua (biar sama besar) + dengan 1/2 keping = 15 bahagian. Rendam sekejap 3 keping biskut + 3 keping biskut yg 1/2 bahagian tadi dalam bancuhan susu + santan dan susun pada dasar tin. Masukkan 1/5 bahan no. 1, ratakan dan curah sedikit telur tadi (anggaran 1/5 juga). Buat kaedah yang sama untuk baki biskut dan bahan no.1 juga telur.
  3. Untuk lapisan terakhir, jika ada lebihan telur, bancuh dengan bahan susu + santan, kacau rata dan tuang atas biskut tadi hingga rata. Sudukan mentega atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak. Biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

8 comments:

Mrs. Newton said...

Mat,murtabak mu nampak sungguh mabeles...mesti rasanya pun yummy..yummy ye!

CT Delima said...

nakkk..nakkkkk!! sedapnya mat..mesti banyak daging kan..gebusss jer biskut tu cam org yg menbuatnya hehehe ni yg x leh tahan mat :)

nurul aziyana said...

wah sedap sungguh nmpknya..salam singgah..pluang tmbah pendapatan..jgn disia2kan layari http://janamodal.com/rm2018.htm

SiS-lin said...

ermm sedp nye mat..ko ckp je td,aku dh terliur,ni lak tgk,lg la meleleh...

Aishah@Ariffin@Aqil said...

ketif nih...stok biskut plak ade...insyaAllah ade masa leh cuba nanti...

Ezza Aziz said...

Mat..
Daging nya berapa banyak pulak..ko tak tulis punnnn...lupa la ni...hehehe

Mat Gebu said...

mrs newton...
Rasa dia kan..sedap, lepas tu kalau tak habis, bungkus elok2 boleh simpan dalam peti sejuk, nak lama lagi bekukan dalam freezer.

ct delima...
tak juga kak, resipi asal 400 g daging kisar yg ni mat guna 200 g jee..

nurulaziyana...
terima kasih kerana sudi singgah, nanti saya pi blog u pulak yeaa..

sis-linn...
haha tu lah, laptop tadi dok depan oven, kalau tak mau hangus murtabak ku itu, sedap sgt berchatting tadi kan..

aishah...
cuba jgn tak cuba..mat pun dah lama nak cuba, laa nie baru dpt mencuba..

ezza aziz..,
hehehe, amponnn..tu mat dah edit balik, terima kasih sebab bagi tau..biasa lah ceQ ni kadang2 terlepas pandang..dah tuaa!!

insheerah said...

mcm lasagna pon ada nih !! sedapnye, tart stoberi tu pon sedap gak