BEN ASHAARI

Thursday, January 1, 2009

CURRY PUFF

Curry Puff

Pada pendapat mat lah, puff pastry ni memang patut ada kat rumah masing2, bukan apa, mudah sangat nak digunakan. Keluarkan dari freezer, biarkan sekejap, isi inti yang digemari dan bakar dalam oven..Boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack puff pastry jenama "kawan"...boleh lihat contoh disini....
1 kuning telur, untuk disapu
Sedikit lada hitam yang baru dikisar, untuk ditabur

BAHAN INTI :-)
2 biji kentang, kupas dan dadu kecil, rendam dalam air
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar serbuk kari ikan
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tuna, toskan
1 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
1 cawan air
Sedikit gula
Beberapa helai daun kari


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan bawang putih dan sos tiram, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan rempah kari dan masak hingga garing, masuk tuna, serbuk lada hitam dan kentang, kacau dan tambah air. Tuang kicap cair, kecilkan api dan masak hingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan sedikit gula, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti sepernuhnya...
  2. UNTUK CURRY PUFF :- Ambil sekeping pastry puff (mat guna yang berukuran 4 x 4 inci), potong dua, isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan putus. Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat dengan pastry bahagian bawahnya. Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Sapu kuning telur pada permukaan pastry dan tabur sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Kalau oven ada fungsi kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan.

5 comments:

zaitgha said...

Hi Mat,

Salam Maal Hijrah and Happy New Year...hope and pray that 2009 will be a blessed year for all of us....

the curry puff looked yummehhhh....

zany said...

salam maal hijrah dan tahun baru cik mat.
TQ sebab bagi idea ni, saya pun baru sudah buat karipap, jenuh menguli tepung, kan bagus kalau tahu awal-awal ada kulit ready made punya.

Faradilawati said...

Eeemm dekat seminggu dah kite makan karipap je
Al maklumlah baru belaja buat kulit hehehe....
Tp tgk puff nie mmg lg menyelerakan sbb kulitnya yg rangup2 gebu...
Cuma nak cari jenis nie kat Tg. Malim nie x taw le ade ke idak

merpati66 said...

mmmm sedapnya dah lama tak wat roti nie

Ummi said...

ummi pun biasa buat puff camni...tp mat gebu jgn ingat ummi ciplak ya...tp ummi rasa mat gebu buat lagi sedaappp...singgah la blog ummi yg tak seberapa ni..:http://cintakasihummi-ummi.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.