BEN ASHAARI

Friday, January 23, 2009

ACAR TEUR PUYUH

Acar Telur Puyuh

Kalau tak de telur puyuh, boleh guna telur ayam gred paling kecik. Boleh juga digoreng dahulu telur sehingga nampak berkulit...

BAHAN-BAHANNYA :-)
30 biji telur puyuh, cuci dan rebus hingga telur keras
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji timun
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia muda
2 biji cili merah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
Gula secukup rasa
1/4 cawan cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dikerat, belah dua, buang empulur dan hiris macam batang mancis, gaul dengan serbuk kunyit dan garam tadi. Kupas telur puyuh, kalau suka boleh goreng hingga telur berkulit. Bawang besar dibelah 4 setiap biji, bawang putih, dibelah 2 setiap ulas, halia muda dihiris halus dan udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum, masukkan udang kering tumbuk, bawang putih dan bawang besar, kacau rata dan tuang cuka makan. Tambah gula (anggaran 1/3 cawan) dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan telur puyuh dan cili hiris, kacau rata. Timun tadi ditoskan dan masukkan ke dalam kuali, kacau hingga rata dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula ikut citarasa. Angkat dan hidangkan.

1 comment:

sweetazezah said...

salam..cik mat,maaf ye.jas ni bkn chef glamer mcm chef otel nun.mak jas ada gtaw,cuka leh ganti ngan sunquick kalu wat acar.sunquick khusus tuk org yg lps operations,coz cuka xelok tuk derang ni..mekaseh coz jas dah copy resepi kek cik mat..mleleh ayaq lioq dpagi buto neh..hehhehe..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.