BEN ASHAARI

Wednesday, December 3, 2008

KUIH SERI MUKA @ PUTRI SALAT

Kuih Seri Muka @ Puteri Salad

Kalau di Malaysia kita panggil "kuih seri muka", tapi kalau di Singapura, depa panggil "putri salat". Selalunya pulut dia warna putih, tapi kali ni mat campur sedikit dengan pulut yang diwarnakan biru, selain cantik, ianya menampakkan sifat pengaruh peranakan baba dan nyonya. Mat guna pewarna makanan saja, memandangkan pokok "bunga telang" masih belum menghasilkan banyak bunga. Resipi asal dari "NanaSham".....dari MyResipi.

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAPISAN ATAS :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...

10 comments:

Ummi said...

Amboiiih masak2 sume dgn pengaruh peranakannya iteww..hehe..teringin pulak le nak makan seri muka ko ni Mat..biar berseri selalu muka akak ni..wakakaa!

Beachlover said...

wow! your sri muka look great! hop over from Gert..said you pandai masak-masak..rupanya what she said proven to be true!!

Aishah @ UmmiAqil said...

siap ade pengaruh lagi tu...penampilan pun berbeza,...berseri2 tu...

rinnchan said...

Dahsat lah che mat...Kuih Seri Muka siap bersanggul bunga biru lagi !!! Ayu macam gadis Melayu peranakan...heh heh heh

payarumput21 said...

Salam..

Bestnyer.. dah lama tak buat kuih ni.. kat rumah ni kalau buat.. sekejap je licin.. lepas tu mengantuk...

Hmmm.. tak pernah la lagi buat letak tepung.. letak tepung jagung.. biasa cuma telur + gula + santan + daun pandan je... Cantik la pulak nampak letak kaler biru tu..

lelayong said...

Cik mat, tercabar plak..kat sini susah gak nak jumpa bunga biru tu..camner nak tanam mat? ada guna benih per2 tak?

Mat Gebu said...

kak ummi...
Biasa lahh, kami mmg ada itu peranakan blood. Kak, lepas mat call hari tu, n kata "kalau nyanyi nanti hujan"..kan, kebetulan lepas tu hujan lebattt melanda Sedenak!!!..adoiii!!!...

BeachLover...
Hai, terima kasih sebab singgah blog saya...Gert pun tukang masak hebat kan!.

Aishah...
Ahak tak lama lagi aku letak pengaruh "Jawa" pulak, lepas tu "bugis"...

RinnChan...
Hahaha, sanggul dah hujung2, lepas depa buat persembahan "bangsawan"...Jemputlah mai rumah nanti yeaa...rin seangkatan dgn mamazieza kan?..

Payarumput...
Mat pernah buat resipi ni sekali dulu, yg ni kali ke-2..tidak mengecewakan...

Lelayong...
Eh pokok dia mcm pokok kacang botol..nanti kalau ada benih mat kirim...send me ur home add to my email yeaa...

Ummi said...

Hahaha ;)...memang masin mulut ko Mat..oleh itu ko jgn lah nyanyi lagi nnt hujan sampai ke Kuantan ni..nnt banjir pulak xdapat akak nk konvoi gi Perak cadangnya mulai Aidiladha ke2 ni..Abah akak dah lama plan nak jumpa sedara mara dia ramai lagi kat area Teluk Intan, Bagan Datoh n Bota sana..risau lak nk tinggal rumah..ya lah, now xleh aci..tmpat xpenah banjir tiba2 banjir kan..

Cadangnya esok lps masak rendang kat rumah ni, akak bertolak balik Temerloh raya n sambung cuti2 mesia, insyaAllah (kena tgk cuaca gak la). Ni pun, hujan x brenti dari tghmlm td lg ni..huhuuuu...(teringin nk konvoi sgt ni..)

So, I'll be away for the whole week laahhh! Salam Aidil Adha buat Mat dan ayahbonda yaa..! Mat, masak apa raya nnt? :)

nanie829 said...

salam mat kuih bakar tu klu air pandan tu tukar gan pandan paste boleh x?tq

♥ kami ♥ said...

salam..

nk tny, pati santan santan tu ap yep?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.