AYAM PONGTEH

Ayam Pongteh

Ayam Pongteh ni, ialah ayam yang dimasak secara merenih perlahan dengan pes taucho, kalau makan keesokkan harinya lagi leer sedap u, rempah semua dah sebati dengan ayam...

Ayam Pongteh

Selalunya mereka masak sempena Tahun Baru Cina atau hari2 kebesaran lain. Rasanya ala2 masak kicap pun ada. Tapi pada mat rasa dia sedap dan unik (sumpah!!! tak pingsan lepas makan!!)...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....

Post a Comment

6 Comments

  1. Ish..nak cuba la..nampak sedap.Dulu ada tengok respi ni kat TV tapi tak sempat salin.Terliur rasanya.Nanti Ibu buat ..Ibu bgtau apa hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Mat Mat..when I see this ponteng dish ,air liur pun keluar.bagi saya kasi hentam banyak x2 chili padi,then kuah itu suap nasi!! oh sedapnya!

    ReplyDelete
  3. nak kena cuba nih...betulke tak pengsan????alamak kena tumis eh??? kite tengah diet nih.....
    yatie from www.sawanila.com- ada masa jenguk lah blog saya ada la resepi sikit sikit... budak baru belajar la .

    BTW, nak add abg mat ke link saya blh???

    ReplyDelete
  4. Salam Mat..apa khabar? Akak nk ronda2 dulu laaa..baru sampai rumah mlm td, penatnyaa..tengok kain je pun boleh pengsan..hehe..melambak tuu..tengok le esok lusa baru leh update..apapun, rumah Mat mesti kena cilok gak dulu...alahaiii terliur belaka tengok Mat masak ni..!

    ReplyDelete
  5. sejak dua menjak ni asik masak lauk nyonya jer, ngidam kot si apek tu?
    matt dua kali baca, baru ahkak sedar wording dia 'ayam pongteh', mati2 ku ingatkan ayam potek tadi ahak, nak kena pakai cemenmata rabun ahkak mu ini tau!

    ReplyDelete
  6. yang masakan thai poktet tu ... masak cam ne ek cek matt :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.