BEN ASHAARI

Saturday, November 15, 2008

SINGGANG SERANI 2

P1090816

Ini lah lauk paling senang, sedap dan nyamannn sungguhhh.....Sedap u sambil makan, boleh hirup2 kuah dia yang hangat dan harum dengan bau herba...Ikan tu boleh ganti dengan apa2 jenis ikan kegemaran, mat guna ikan tongkol, kalau ikan kembong pun sedap!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "MAGGI"
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa dan secubit gula
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam biji*
10 biji cili padi*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*)..Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk bersama serai, tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi dan ulam2, kalau nak pedas lagi boleh dimakan bersama sambal belacan...

5 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

ape2 pon singgang ahh tetap pujaan ku...
nanti leh cuba nih...

yus5478 said...

family yus pun mmg peberet singgang nih.. tak kira version putih ker kuning ker.. semua kaki hirup.. hehe

payarumput21 said...

Emmmm... alahai.. teringat time kecik2 dulu.. mak kita selalu masak singgang gini.. cumanya.. ikan tu mak kita goreng dulu..
Rindunya kat mak...

Niyang Rapik said...

nak try laaa masak. cam best

Mat Gebu said...

aishah...
Singgah memang sedappp...ishh kecur u!!

yus5478...
Memang betul, singgang ni sedap sebab boleh hirup2...ishhh..

payarumput...
Eh, goreng dulu, mcm best jee, nanti nak cuba..

niyang rapik...
cuba jgn tak cuba, senang nie masak dia, lagi2 kalau org sibuk bekerja..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.