ROTI NASI

Roti Nasi

Dah lama sangat nak mencuba "roti nasi" resipi dari onigiri dari MyResipi....Rasa roti dia begitu "asli"...seakan2 rasa roti benggali dan apam (mungkin sebab ada nasi)....Sedap dicicah air kopi atau disapu jem dan mentega, cicah kuah kari atau pun sardine, hmm semua sedap lahhh!...Cuma permukaan dia tak jadi licin sangat, agak kedut2 laa...tak pe lain kali aku sapu SK-II..bagi teganggg!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
  2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
  4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.

Post a Comment

15 Comments

  1. Hello mat.Makanan awak nampak sedap semua.Menangis saya :)

    M

    ReplyDelete
  2. perempuan cerdas...
    salam...Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak..Uikk jgn nangis, u pun boleh buat punya lahh!!

    ReplyDelete
  3. Salam Mat..baru balik dari kenduri pak sedara ni..seharian xda kat rumah hari ni..roti mu memukau mata dan menggoncangkan gendang perut akak ni haa...bestnya kalu malam2 ni cicah dgn kopi O, malas dah nk makan nasi...kena pulak sambil dengar lagu ni..besttt! Akak suka sgt lgu ni..tp xdan nk upload pun..xpalah dgr sini je lah..hehe

    ReplyDelete
  4. arr... bestnya dapat wat roti sendirik. Slalu beli roti kat kedai bakeri jek. Kalo wat roti sendirik, mmmg tutuplah kedai roti termasuk roti mamak.. huehuehue! Kedut² roti tu pon mengancam jugak mat gebu!

    ReplyDelete
  5. kak ummi...
    Uikk, balik dari kenduri kawen ek..ada dapat bunga telur?....Roti tu kan, rasa dia mcm zaman dulu2 punya, pastu ada rasa macam "apam" pun ada, cuma tu lah kulit dia tak cun laah, mcm frust ckit, tu yg nak kena buat lagi tuu!..

    jiya...
    Tapi roti mamak mana leh tanding, depa tu bakar guna oven tradisi, bau pun sebatu dah dpt hidu, yg kita buat ni, bau dalam rumah saja..tapikan seronok tau kalau makan hasil air tangan sendiri..pstt kedut tu nanti i seterika ek..hehehe.

    ReplyDelete
  6. aishah....
    Bukan nak kata apa lah, walaupun rupa tak cun, tapi rasa sedap u..sikit pun tak jemu kalau makan.

    ReplyDelete
  7. madihays...
    Terima kasih kerana singgah dan tinggalkan jejak kat blog mat..dan sudi pulak link blog ni...

    ReplyDelete
  8. dah hampir setengah abad.. baru ku dengar roti nasi.. ni mesti cuba ni.. tapi lepas cuba sate baya dulu.. hehehe.. byk yang nak dicuba.. last2 satu pun tak cuba.. aduhaiiii

    ReplyDelete
  9. Sedapnya roti nih..cocok buat tea time. nak buat takut tak jadi krn cuaca disini sudah dingin .

    tahan liur saja liatnya hehehe

    ReplyDelete
  10. Mat Gebu,
    When I saw this recipe yesterday, my immediate reaction was, "I am so going to make this tonight."

    And so I did, (with the Breadmaker). The dough looked a bit dry initially and I thought that does not look right at all. And when the dough was ready, the bits and pieces of rice grains are still visible. At that moment my heart just sank and I wasn't expecting anything great at all, obviously.

    However I must stressed that the dough was very nice to work with, soft and not sticky at all. So,I went ahead with it, making little bun filled with serikaya and red bean paste and I must tell you that it was the most delicious little thing I have ever tasted!!

    Thank you Mat Gebu. I absolutely love your blog and keep up the good work.

    ReplyDelete
  11. Salm cik mat. saya mmg your blog's ardent follower. Saya dah cuba roti nasi ni, lama dulu n bila tgok agambau u ni, rasa teringin la pulak. petang nanti nak buatlah! Cik mat teruskan usaha masak-memasak ni ya! Saya mmg support 300%!

    ReplyDelete
  12. wah.. u punya resepi memang meletup.. i dah try few of ur recepies.. memang best dan mudah.. bahan2 pon senang sangat nk cari... suami i pun makin sayang.. harharhar

    ReplyDelete
  13. udah salin resepi roti nasi, nnti nk buat.tq 4 d recipe

    ReplyDelete
  14. K'ngah dok tengah tunggu doh roti nasi tu naik...tak tahule jadi ke tidak he..he baru nak cuba tengok MG meroti memang terliur..semuanya nampak gebu..halalkan resepi

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.