BEN ASHAARI

Sunday, October 12, 2008

TAT STRAWBERRY

Tat Strawberry

Sebelum tu nak minta maaf dulu sebab terlewat letak n3 yang ini, tak perasan rupanya tertinggal satu resipi biskut lagi. Ini tat strawberry yang inti dia dihasilkan dari puree strawberry asli yang dimasak seperti jem nenas hingga pekat dan boleh digentel...Tapi bukan mat buat, cuma "rembat" kat kedai baking saja...hehehehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
100 g margerine
2 kuning telur
80 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar tepung kastard
Tepung gandum secukupnya
Jem strawberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, margerine, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung kastard, gaul rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Rehat kan doh 15 minit. Kalau nak buat tat gulung, buat adunan lembut sedikit.
  2. Canai dan terap menggunakan acuan tat (kalau rajin boleh sepit keliling dia, tapi guna acuan tat jenis plain). Buat hingga siap dan letak jem strawberry yang telah digentel. Letak sedikit doh atas jem sebagai hiasan. Buat hingga habis.
  3. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

3 comments:

ummu_hanis said...

alamak. so nice rupa the tart. laponyeeeee.

Ummi said...

Amboiih Mat, pnyalah byk ko buat cookies..sampai ada yang missed nk masuk sini..tgk kan rupa stoberi tat ko ni, memang menggoda habih! Mmg x patut lupa..hehe...Tengah pose ni, terliur la pulak! Ada lagi ke Mat, mai le sebalang.. :D

rina said...

matttt... tanak bukak order ke utk tart stoberi ni... terliur giler tgk...