BEN ASHAARI

Friday, September 12, 2008

KACANG PHOOL

Kacang Phool

Mat perna masak beberapa kali Kacang Phool ni, sesuai dibuat pencicah roti canai atau roti2 biasa, selalunya kacang phool ni femes di Singapura...Kali ni mat masak ikut gaya dan style sendiri....Kalau tak silap orang2 "Arab" suka makan kacang phool nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
  2. Bila mendidih, masukkan kacang phool dan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....

5 comments:

rapheydhillo said...

CMG..
my favourite, kacang pool haji kat boba, larkin tu. Klu balik JB mesti tak miss nye!

From the heart said...

Asmlkm Mat, kacang phool tu ape?

Lydia said...

mat, klu telur tu...
taruh yg mentah punya n tabur sedikit cheese, then masak dlm oven... boleh tak?

methinks said...

rsnya klu ikut lidah org arab, depa panggil kacang ful (fa.waw.lam) a.k.a fava beans.

HomeKreation said...

Salam Mat. Maceh Mat ya. Along dah cuba. Sedaaaap nya (jakun sbb tak pernah makan)....hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.