BEN ASHAARI

Friday, September 19, 2008

GULAI AYAM ASLI

Gulai Ayam Asli

Ini kira masak campak2 saja, tapi ala2 masak lemak gitu. Sedap makan dengan nasi hangat, tak pun dgn roti jala....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 cawan terung pipit/terung palembang, dipecah2kan sedikit
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji cili merah (nak pedas leh tambah cili padi)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama serai hingga harum. Masukkan kentang dan ayam, gauk rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair.
  2. Bila mendidih, masukkan terung pipit dan asam gelugor. Masak hingga kentang 3/4 lembut. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan...

7 comments:

Sayang Suhana said...

cik mat..
Ana actually curious tau pasal terong pipit nie..tk pernah makan..pasal tak tau nak taruk kat mana..kalau include kat lauk2 yg berkuah sedap eh ?..dia senang hancur tak?..masam ke?..(jgn ejek tau...kita tak tahu, jadi kita tanya laa..)

Mat Gebu said...

Ana....
Dia tak delah lembut, seakan2 kacang pis..dan rasa lemak2 dan sedikitt pahit kat hujung rasa dia..tak pe kalau u org singapura tak tahu boleh juga di maaf kan, ini org kampung i yang dok ulu ni pun ada jugak yg ber"lagak" tatau dan tak pernah jumpa, walhal pokok tu tumbuh merata kat kawasan2 semak....

rapheydhillo said...

inatkan kari ayam tadi..rupanya mcm masak lemak. Klu sebelah utara, gulai tu refers to curry.

MamaElla said...

Salam Mat,

Mat ..Suhana itu mungkin tak pernah nampak kot terung pipit, tapi percaya lah Ella sendiri makan dan suka buat ulam dan ia nya amat mudah didapati dikedai runcit Thai dan murah harganya..
Sedap Ella tengok gulai mat ini...Puasa..!

Sayang Suhana said...

Salam...
Ana pernah nampak terong pipit nie kat pasar..cuma tak tau kat mana nk taruk dalam masakan.., org kat sini jarang pakai nie...kalau ade pun warga2 emas kita ataupun yg memang suka masakan lama...there's always a first time for everything kan..sbb tu lah kita tanya..apa2 pun, terimakasih 4 yr info and input..

Mashina said...
This comment has been removed by the author.
Mashina said...

nak tanya,buah keras tu camane? sbb slalu mak masak masak lemak xpenah letak tu..jd tak tau..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.