BEN ASHAARI

Thursday, June 26, 2008

KARI IKAN GAYA GOA

Kari Ikan Gaya Goa

Resipi dapat dari buku "Sedapnyaaa 2" oleh Chef Wan....Tertarik dengan bahan2nya yang mudah. Rasa sedap, agak "mild" dan tidak keras sangat, lagi sedap kalau dicicah roti canai atau roti paun...Resipi mat copypaste dari dalam buku tu jee lahh...

Bahan-Bahannya :-)
600 g kepingan ikan tenggiri (mat guna ikan merah)
3 biji tomato, dipotong baji*
3 biji cili hijau, dihiris*
3 camca besar ketumbar serbuk*
3 camca besar jintan putih serbuk*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
2 camca besar biji sawi (mat guna 1/2 camca besar je)
4 camca besar cili kisar (kalau tak nak pedas, boleh kurangkan)
500 ml pati santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 4
1 tangaki daun kari
Garam dan sedikit gula


Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkab bahan2 kisar, cili kisar dan pati santan. Masak hingga mendidih.
  2. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Kacau perlahan dan renihkan selama 15 minit menggunakan api perlahan.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Matikan api dan hidangkan bersama nasi, roti canai atau roti paun....

6 comments:

Judith said...

Bisa diganti dengan ikan Tuna, mat Gabu? diswiss tidak ada banyak ikan tengiri ...

Salam..

rinnchan said...

Kari cair-cair ni sedap cicah dgn roti kosong aje ye che mat...Kalau roti canai kena kuah pekat sikit. Itu style Rinn melahap laaaa...kuang kuang kuang.... :-)

Mat Gebu said...

judith...
Bisa diganti dgn apa2 ikan, Tuna juga enak...

Rinn...
Rin, actually kuah dia tak delah cair sgt...kalau ikut resipi asal, dia guna 500 ml pati santan...jadi pekat...

MamaFaMi said...

Mama ni fail betul masak kari. Kuah dia tak jadi cantik. Naper eh Mat? Ma ni memang tak pandai masak kot...tu jawapan yang tepat. Ahakss.. tu sebab jarang ada entry masak memasak... sebab madang fail je! Maluuuuuuuuu....

rozie1966 said...

Dah cuba masak malam tadi untuk dihidangkan bersama dendeng paru untuk makan malam (resepi Mat Gebu jugak). Hubby kata sedap tapi suruh cairkan sedikit kuah untuk dimakan dengan roti. Anak-anak suruh masak lagi lain kali. Sedap sungguh kata mereka.

Ummi said...

Mat, sedapnya nmpak kari ni..kalu makan lg la sedap keh keh...igt baguslah xyah pekat2 sgt..badan tengah naik menggebu ni..hirup ni je lah..(*adeiii bila la nk turun kg nih..?) :D