BEN ASHAARI

Thursday, May 22, 2008

ASAM DAGING BELIMBING

Asam Daging Belimbing

Baki daging yang masak kurma ala india tu mat masak asam dengan belimbing....Boleh tahan u, rasa ala2 asam pedas Melaka (agaknya laa, orang2 Melaka komen skit yeaa lepas nihh!!)...

Bahan Utama :-)
500 g daging lembu, potong sederhana besar, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
10 - 15 biji belimbing buluh, belah dua tapi jgn putus
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan2 kisar, tumis hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan daging dan gaul rata, kecutkan daging dengan rempah. Tuang air secukupnya untuk melembutkan daging. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun limau purut dan renihkan hingga daging lembut. Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih, kacau rata. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan masak sebentar. Sesuaikan rasa dan jika kurang garam tambah sedikit lagi. Jika ingin kuah lebih, boleh tambah air....

7 comments:

echah_syed said...

sedapnyerr mat..

warna dia pun cantek laa :)

combi takde problem loading mcm ummi..rasenyer tak sampai 5saat pun :D

echah_syed said...

lorr combi hingatt ko ni chef bebenor laa..:)

mmg terer ko mat sbb mcm da real chef tau *thumbs up*


combi rase kalo ko masuk mane2 pertandingan mesti menang..

try laa mat!

Mat Gebu said...

kak combii...
itu lah kak, mungkin separuh kws server slow kot....Masak biasa2 jee, pasal pertandingan tu , i lom terpanggil lagi, kita ni segan laa, pemalu gitu...ahaks.. geli aku!!!

VG said...

Apa khabar Encik Gebu? Saya asyik menziarah blogspot saudara this past two years and finally decided to write to you. I have tried many of your recipes and they have been great. I have just started my own blog, so if you have the time, sila tumpang seminit at myhouseholdcapers.blogspot.com. Sorry my malay is sedikit karat as cek has been in Australia for over 16 years and do not have anyone to practice my malay with. Ta.

VG said...

Hi Mat

Thanks for adding me to your list.....satu masaalah...My name is VG not VA....Just remember, it is Very Good (not Very Annoying, he!he!). VG

Mat Gebu said...

hahaha...sori ek VG....i ni mmg teruk laaa, nak kena buat spec...VG boleh tukar jadi VA..hahaha...

hestyrezyuda said...

abang mat... dah betul tu... kalau kata guna daun limau.. memang itu cara orang melaka selain dari rempah biji yang ditumis tu.

sebab asal pedas melaka tak pakai daun kesom dan bunga kantan ^_^ itu asam pedas johor rasanya :P