BEN ASHAARI

Monday, April 21, 2008

STRAWBERRY YOGURT MUFFIN

Step By Step 1244

Jeng...jeng..jeng....Oven dah berfungsi semulaaa.....hahahaha...sonang eyy hati den ni haaa!!!!!...Terus test buat muffin tu jam jugak...Terima kasih banyak2 pada Abang mat yang sulung kerana bersusah payah membaiki oven tuuu!!!....

Bahan-Bahannya :-)
85 g mentega
85 g gula halus
2 biji telur gred A
175 g tepung gandum*
10 g baking powder*(*diayak)
80 g yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
  3. Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
  4. Boleh guna apa perisan yogurt mengikut kegemaran....

7 comments:

Dianne said...

sedap ehhh,minat gak muffin nih,trade nak? heehehe

Nina Suria said...

oit mat, jangan ku digoda *jeling stroberi yg seksi abis (~_@)

ayu_mkay said...

salam mat :)

tergoda sungguh dengan muffin mat kali ni. dengan cantik gambarya.. gebus jadinya.. gerenti sedapkan. tapi mat, akak nak tanyalah.. muffin bleh di hias dgn topping ke? sesuai tak? kena tak gayanya?
hehehe sori mat.. byk lak tanya.

psstt.. akak selalu dtg sini.. baru hari ni nak tggl jejak. muffin mu sungguh menggodessss..

zaitgha said...

hi Mat,
how i envy you getting that luscious strawberry.....very difficult to get them here at least the good looking ones....

the muffin looked wonderful....

Mat Gebu said...

dayang...
hehehe, alah muffin mana leh lawan kek lapis u yg anggun tu dyg..hehehe, segan i nak trade...lahh

kak mon...
uik seksi ke stoberi tu..hehe psttt tau taj tu je sebiji yg tinggal..nasib baik seksi...hehehe

ayu_mkay...
Selalunya muffin kita tak hias atas dia, tapi kita yg buat dia, jadi terpulang lah. Kita selalu nampak org hias cup cake kan jadi cantik lagi ayu...

Datin Zai...
salam datin, kat sini pun susah nak dpt strawberry yg cantik, kalau beli dekat giant, strawberry dia besar (ada tu mcm saiz ibu jari kaki, dah lah tu, kembar pulak!!), tapi mat rasa kat Jaya Jusco ada strawberry yg potongan dia cun, tapi harga mahal ckit...

Cik Siti Wan Kembang said...

AMG, wah..wah..muffin pun cantik pakai tanjak stroberri..hihihi

Lidia Sianturi said...

stroberinya macam crab merangkak ke puncak muffin...hehehehe...