BEN ASHAARI

Friday, April 18, 2008

ACAR NYONYA

Step By Step 1238

Ini salah satu hidangan "Nyonya Peranakan Melaka", rasa sedap, rangup dan lemak menguasai perasaan bila kita mengunyah acar ini...tak caya ke?...Boleh cuba......

Bahan Sayur :-)
2 biji timun, kerat 4, buang empulur dan hiris macam batang mancis
1 batang lobak merah, kerat 4, hiris macam batang mancis
2 bii bawang besar, belah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
100 g bunga kubis, cuci dan potong kecil (tak letak sebab tak de)

Bahan Perisa :-)
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam

Bahan Kisar :-)
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan Lain :-)
60 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 g bijan, sangai hingga kuning keemasan

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata. Satukan bahan2 perisa, kacau hingga larut. Kemudian tuang ke dalam bahan2 sayur, gaul rata dan biar 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
  3. Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan......Yum yum...jom makannn!!!!

6 comments:

Jun :) said...

x caya, x caya..bak la sini sket nak rasa..wahahaha

Dianne said...

acar ni dyg slalu mkn dgn keropok yg gemok tu,sedap tauuu
amboi mtk lah ckit!

jo ayee said...

nampak cam sedap..semestinyer kene try ni..kene beli timun dulu..

I Cook4Fun said...

Bang Mat, bagi sikit tu acar. Dah lama I tak makan acar kat sini :(

echah_syed said...

my fav ni tau..

Cik Siti Wan Kembang said...

mat..nak makan acar ni dgn nasi ke...ke ratah2 camtu jer??

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.