BEN ASHAARI

Thursday, March 6, 2008

MEE KARI

Jom kita makan mee kari, dah lama tak makan, jadi hari ni kita pun buat lah....Sedap dimakan waktu petang, sambil gossip2, lagi ramai makan, lagi sedap dan lagi banyak modal gossip!!!..ahaks!!

Bahan-Bahannya:-)
500 g daging
2 keping fish cake, dihiris nipis
1 batang lobak merah, didadu
5 batang putih jagung, hiris serong
2 biji kentang, kupas, didadu
2 biji tomato, potong kecil
10 biji tauhu "pok", dipotong dua
1 cawan santan pekat (mat guna santan kotak)
3 camca besar rempah kari
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 keping asam gelugor
Garam dan gula seckup rasa

Bahan Kisar :-)
2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup (atau 1 camca teh serbuk kunyit)

Bahan Tumis :-)
4 biji bawang merah kecil, dihiris
2 biji bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Bahan Sampingan :-)
Taugeh, dibuang ekor
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah/hijau
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah dua

Cara membuatnya :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus hingga empuk dan ketepikan. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan cili kisar, masak sekejap dan masukkan bahan2 kisar, serbuk lada hitam dan rempah kari. Masak hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.
  2. Masukkan daging, hirisan fish cake, kentang, lobak merah dan putih jagung gaul rata dan tuang air rebusannya. Bila kentang hampir lembut, masukkan belahan tomato, tauhu pok dan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan tuang santan pekat, kacau hingga rata dan tambah garam serta gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit dan sesuaikan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE KARI :- Mee kuning dicuci dan celur 30 saat, angkat dan toskan. Ambil mee kuning dan isi dalam bekas sesuai, cedok kuah serta isi2nya ke atas mee tadi. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili hijau/merah. Hias dengan telur rebus dan limau kasturi sebelum dihidang kan.....dan boleh lah dimakan ramai2.....hmmmm....

3 comments:

PINATBATE said...

kalau dapat mee rebus cenggini...tak mau makan ramai-ramai...nak makan sorang-sorang...

zaitgha said...

a lot of ingredients made me scared to try he he....

your pictures are marvelous....

Miaainis said...

memang membuka selera mee kari nih... =)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.