BEN ASHAARI

Thursday, March 20, 2008

IKAN BAKAR PORTUGIS

Ikan Bakar Portugis ni mat dapat resipi dia dari blog Datin Jun, tapi dia buat guna ikan pari, mat ganti dengan ikan cencaru....sedap leerrr, makan macam tu lagi leerr sedap, nak cicah sambal kicap pun ok, tak de pun balun macam tu je pun sodap!!!!

Resipi asal dari "Resipiogy.blogspot".....Jadi sapa yang sudi boleh cuba, memang tidak mengecewakan!!!

Bahan Utama :-)
3 ekor ikan cencaru
3 helai daun limau purut, dihiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
3 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan Tumbuk Halus :-)
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 keping hirisan lengkuas

Bahan Minyak Bawang putih :-)
1/2 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih, ditumbuk

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH :- Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci dan toskan. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan2 no.1, tabur hirisan daun limau purut dan tuang sedikit minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak.
  4. Boleh dihidangkan bersama lada kicap jika suka....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.