BEN ASHAARI

Monday, March 17, 2008

GULAI AYAM PEKAT

Hari ni masak Gulai Ayam Pekat, kalau dapat ayam kampung lagi sedap, tapi ayam kat rumah ni kebanyakkannya tengah off season (tengah bertelur)...jadi mat gunalah ayam daging....Sedap dicicah roti canai, roti biasa atau lempeng pekak!!....

Bahan Utama :-)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji lemon, diambil jusnya
1 camca besar gula Melaka
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan bawang goreng, diramas hancur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

Bahan Tumis :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ayam, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng embal2 (3/4 masak) ayam tadi, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan kentang, gaul rata dan masak 5 minit dgn api perlahan. Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan.
  3. Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat, akhir sekali tuang jus lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

3 comments:

Kak Pah Sherry said...

Kahkahkah Mat.. akak gelak terbahak2 bila ko sebut lempeng pekak tu kan, akak teringat zaman sekolah rendah dulu... sumpah ini cerita betul tau... rakan sekelas akak kita org panggil LEMPENG PEKAK.. sbb dia bila dipanggil tak penah nak menyahut.. nama tu kekal smpi hbs sekolah tau.. skrg tak tau ler apa jd kat budak tu.. hehehehehe..tergelak lg ni..

Flower said...

Cik Mat,
I dah lama jadi silent reader kat sini. Semalam I try resipi ayam you ni. I masak nasi ayam, tapi I buat satu lauk gini sbb hubby suka yg gini. Dua kali tambah nasi. Hari ni dia makan ngan nasi putih. Sebelum tu sebok tanya samada ada leftover ayam semalam. Spt biasa, dua kali dia tambah. This is definately for the keep. Thanks ye Cik Mat.

Miss Nadya said...

nad amik picture ini untuk letak DI SINI

thanks for sharing..^^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.