BEN ASHAARI

Sunday, March 2, 2008

DAGING GORENG KUNYIT

Resipi "kak umi-e" ni bukan saja mudah, sedap sangat makan dengan nasi hangat....tak caya?...Sendiri boleh cuba!!!!!

Bahan-Bahannya :-)
500 g daging batang pinang
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
7 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 batang leek, dikerat2 1 inci panjang (resipi asal tak de nih)

Cara membuatnya :-)
  1. Hiris daging nipis2, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
  2. Masak daging atas api perlahan hingga air daging kering dan daging empuk, tambah sedikit air jika perlu. Kemudian tuang minyak masak dalam daging tadi (anggaran 3 camca besar) dan goreng hingga daging sedikit garing.
  3. Masukkan hirisan bawang merah kecik dan bawang putih dan leek, goreng hingga lembut. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan cili merah. Gaul rata dan goreng hingga semua garing. Angkat dan hidangkan panas.

4 comments:

PINATBATE said...

saya nak cuba petang ni...tunggu...

Mashina said...

batang leek tu ape?tq

kamall said...

apasallah ko tak jadi jiran aku mat senang aku bayar bulan tak ler susaah payah aku nak gi kedai cariklauk

Ain Vanoverstraeten said...


En mat.. Saya salu masuk Kat tiffin biru carik resipi. Dari belgium. Minta izin ya.. Kalau nampak country browser dari belgium tu saya la tu.l hihihi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.