BEN ASHAARI

Sunday, March 9, 2008

CENDAWAN GORENG TEPUNG

Cendawan Goreng Tepung ni dah biasa kita lihat, ada juga yang dijual dipasar2 malam, tapi secara jujurnya, mat ada lah satu atau dua kali makan......

Memandangkan ada beli cendawan hari tu, jadi mat cuba lah goreng, tapi tepung dia mat guna tepung berperisa segera yang ada dijual dikedai2, tepung untuk goreng ayam...rasa ok not bad, cuma kena toskan betul2 minyak dia...

Bahan-Bahannya :-)
200 g cendawan tiram
100 g tepung berperisan
40 g tepung beras
1 biji telur saiz kecil
130 ml air

Cara membuatnya :-)
  1. Cendawan dicuci, toskan dan lap setiap satu dengan kitchen towel. Ketepikan. Satukan tepung berperisa, tepung beras, telur dan air. Kacau rata dan ketepikan 15 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, celup sekeping cendawan dalam adunan tepung dan goreng dengan api sederhana, goreng 4 - 5 keping sekali goreng, bergantung pada saiz cendawan. Bila kuning keemasan dan garing, angkat toskan minyaknya dan letak atas paper towel. Buat hingga siap.
  3. Boleh juga dia tekap dengan paper towel pada cendawan goreng untuk membuang lebihan minyak yang terkandung dalamnya. Hidangkan segera bersama sos cili..

8 comments:

Ummi said...

Weee Mat, hujan2 ni, cendawan byk tumbuh ke kat blakg rumah? Berapa bakul dpt kutip ek...ish sedapnya...nntlah nak pi cari cendawan kat Kebun Getah ayahanda dulu...leh tgk gak susu getah, byak ke x? Leh tolong jual sekalik! heheh

Aidan's Mama & Papa said...

kalau kita makan rojak larkin kan, mesti kita amik cendawan goreng tepung ni! mat ni betul lah! tengok blog mat ni buat orang laaaaaaaaggii nak balik malaysia. eh, salah, nak balik johor (where the best food are!) tengok tu, kacang phol pon dia terrer buat!!! aduhai.... apa saja lah yang mat ni tak boleh masak! mister masak serbaboleh lah!

Z

Jie said...

mat, yg ni kakjie selalu buat..sedapppp ooooo......

rina said...

penah tgk tp tak penah try...

Kassim Selamat said...

mat...kebetulan semalam sy baru makan cendawan goreng. Sedap betul. Sekilo cendawan tiram mentah RM8.50 kat sini.

anak sy baru belajar niaga.

princesspeach88 said...

20 tahun hidup first time jumpe cendawan goreng tepung tu masa kat bazar ramadan sri serdang.. wah.. sedap sangat2.. mak sy pon xpernah buat cendawan goreng tepung..sbb kitorg suke seafood cm udang goreng tepung, sotong goreng tepung.. after jumpe n cerita kt mak psl cendawan ni, klu weekend sy balik rumah mesti mak buatkan cendawan goreng tepung utk saya.. sedapnya!!!!!! petua mak saya, mak guna tepung tempura + tepung naik sendiri.. pastu, bancuh ngn air sejuk.. sbb lebih rangup dan tak serap minyak sgt bila goreng..

Umiey said...

kagum tul la ngan cik mat, arap2 sy bleh jd cam cik mat

Shakila said...

Salam, Tepung Berperisa nie tepung KFC ke atau tepung tempura

Terima Kasih
Shakila