BEN ASHAARI

Thursday, March 20, 2008

BUAH MELAKA

Buah Melaka ni bonda mat yang buat...hehehe...i malas u!!!....tapi tak pelah kita tumpang jee makan. Nak resipi juga ke ek?..Ok lah, mat letak juga lahhh.....

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
  2. Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  3. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...

2 comments:

izan said...

rajin nya bubuh dalam paper cup buah melaka tu..cantik...kalau makan lagi sedap

putribongsu said...

abg mat, cantik betul salutan kelapa tu. tak comot mcm sy buat. abg mat tlg bg tips camne nak golek kat kelapa sampai jd cantek cmtu. plishhhh :)