BEN ASHAARI

Saturday, February 9, 2008

FRUIT TART

Fruit tart yang comel memang sedap dan bila makan pun rasa seronok sangat. Mat buat fruit tart ni sebab nak menghabiskan stok buah strawberry, blueberry dan kiwi...Buah2 lain seperti fresh cherry dan apricot mat tambah kemudian. Untuk resipi kulit tart mat tak sertakan, dan mat cuma kongsi resipi pastry cream sahaja...Selamat mencuba!!

Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega



Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  2. UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
  3. UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...

2 comments:

MamaFaMi said...

Mama baru terhegeh hegeh nak cari balik resipi blueberry cheese tart yang ntah kat mana menyoroknya tu, Mat pulak dah hidang fruit tart. Andainya screen laptop ni umpama mesin magik Doremon tu, agak dah lama dapur ma tak berasap...main seluk aje dari rumah Mat!

zaitgha said...

i did fruit tarts on thursday and looking the whole of seremban for strawberry....i made do with peaches and kiwi....drop by to mine he he....but of course yours very colorful one